CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Persiapan Siap 80 Peratus - Adam & Sweet Tak Lantik Wedding Planner, Buat Sendiri Dari Zero

21-9-2022 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3236| Komen: 22

Adam Lee yang bakal menamatkan zaman bujang dengan Sweet Qismina kurang sebulan sahaja lagi memaklumkan mereka kini sibuk menguruskan persiapan memandangkan mereka tidak melantik mana-mana pihak perancang perkahwinan.


“Sudah tentu perasaan saya sememangnya teruja menuju hari bahagia kami yang kini berbaki kurang sebulan sahaja lagi. Saya memang menantikan saat-saat seperti ini.


IG Adam

“Bagaimanapun, sejujurnya boleh saya katakan kami berdua agak penat sebab kami masing-masing masih bekerja dan pada masa sama kami harus menguruskan segala hal melibat majlis perkahwinan kami.

“Kami memang uruskan sendiri daripada kosong sehinggalah ke saat ini. Kami sendiri yang turut padang untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Saya dan Sweet tidak melantik mana-mana perancang majlis perkahwinan dan semuanya kami rancang sendiri,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, meskipun terpaksa membahagikan masa dengan komitmen kerja, namun dia tetap bersyukur kerana segalanya berjalan seperti apa yang dirancangkan.

“Dalam sibuk menguruskan mengenai majlis perkahwinan kami, saya dan Sweet masih lagi perlu bekerja. Jadual kerja kami juga tak sama seperti pekerjaan-pekerjaan lain. Orang lain mungkin keluar pagi balik petang tapi kami ada kalanya keluar pagi balik pun pagi.

“Walaupun ada kalanya kami berasa agak susah tapi kami tetap bersyukur kerana segalanya berjalan seperti apa yang dirancangkan. Kini persiapan dah pun siap dalam 75 hingga 80 peratus,” ujarnya lagi.


IG Adam

Ketika ditanya adakah dia dan Sweet ada berdepan dengan apa-apa cabaran menuju hari bahagia, Adam memberitahu, perkara tersebut adalah normal dan tidak perlu dikongsikan kepada umum.

“Bercakap mengenai cabaran menuju hari bahagia, saya percaya bukan saya dan Sweet sahaja tetapi pasangan lain juga akan berdepan dengan cabaran dan halangan. Itu adalah normal dan kami juga tak terlepas.

“Apa yang paling penting ketika ini adalah bagaimana caranya untuk kami mengatasi setiap masalah dan cabaran itu. Mengenai cabaran yang harus kami lalui, rasanya tak perlulah kami kongsikan. Biarlah kami uruskannya bersama,” akhirinya.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 21-9-2022 11:20 AM
Ok next tQ
Quote sukacactus 21-9-2022 11:21 AM
Semoga dipermudah semua urusan ya
Bagus la nak halalkan hubungan
Quote dudaberhias 21-9-2022 11:23 AM
kalau semua sendiri harap2 tak jadi cacamarba lah... semoga di permudahkan urusan walaupun dah basi menunggu theyols ni nak kawen ...
Quote Pujangga22 21-9-2022 11:40 AM
ok lah....nk tunggu kazen si Adam ni kawen plk...asyik berdukung sakan tp kawennya samar2.
Quote LadyCarefree 21-9-2022 11:42 AM
Macam pompan muka dia
Quote azimodin 21-9-2022 02:01 PM
Harap2 si adam tu potong la rambut kemas2 masa wedding. Masa dia baru2 berlakon nampak aura kpop sikit. Lepas kemaruk berambut air karat, terus nampak busuk
Quote dekmieDandy 21-9-2022 02:52 PM
laaa aku ingat ke dah menikah

dulu follow jugak si adam ni, zaman dia berlakon cerita Lara Aishah sebab director kadang-kadang suruh dia shirtless drama tu
Quote telracs 21-9-2022 02:57 PM
LadyCarefree replied at 21-9-2022 03:42 AM
Macam pompan muka dia

Ish... teringat lak satu video viral baru ni yang kata suaminya tu sebijik muka pompan...

Saya masih 50-50 untuk percaya...
Quote kechikchomel 21-9-2022 03:16 PM

iolss tengok pic yg 1st tu. ingatkan yg tu tangan dia. kemainnn jantan kuku panjang berkaler putih

Quote rotiban 21-9-2022 03:24 PM
kechikchomel replied at 21-9-2022 03:16 PM
iolss tengok pic yg 1st tu. ingatkan yg tu tangan dia. kemainnn jantan kuku panjang berkaler putih ...

baca komen ni terpaksa aku scroll atas blk
dah mcm tgn adam plak landing kat bahu sweet haha


Quote Kancilkering 21-9-2022 03:40 PM
selamat pengantin baru…jimat duit wedding planner
Quote AKAZ85 21-9-2022 04:52 PM
Ok.. Takde benda nak lahar.. Semoga urusan ko dek nak bina mesjid dipermudahkan la ye..
Quote epullipan 21-9-2022 06:11 PM
ok bulan oktober ko kawin..ok noted
Quote makadek 21-9-2022 06:20 PM
Ok je buat sndiri mcm majlis kt kg

Quote cahaya_almas 21-9-2022 07:10 PM
Umur mrk brp..nmpk muda remaja je...hehe
Quote kechikchomel 21-9-2022 07:13 PM
rotiban replied at 21-9-2022 03:24 PM
baca komen ni terpaksa aku scroll atas blk
dah mcm tgn adam plak landing kat bahu sweet haha


Kannn...dats y iolss perati 2,3 kali tadi
Quote LadyCarefree 21-9-2022 07:59 PM
telracs replied at 21-9-2022 01:57 PM
Ish... teringat lak satu video viral baru ni yang kata suaminya tu sebijik muka pompan...

Saya ma ...

Kena tunjuk konek kah?
Quote telracs 21-9-2022 08:05 PM
LadyCarefree replied at 21-9-2022 11:59 AM
Kena tunjuk konek kah?

Hahaha...
Masa tu terpikir camtu gak... Aduh!

Sebab wife dia kata, tak tahu dah nak buat cemane lagi supaya orang percaya yang suami dia tu memang betul-betul lelaki.
Quote LadyCarefree 21-9-2022 08:34 PM
telracs replied at 21-9-2022 07:05 PM
Hahaha...
Masa tu terpikir camtu gak... Aduh!


Yakin je lah surat beranak dan mykad dia bukan tipu punya. LOL. Kalau dah tulis lelaki, ada koneklah tu masa lahir. Nak kahwin kena guna mykad kan? Gitu kita kisahkan konek orang. Hohoho (satgi ada manusia terpaling cakap haram ucap hohoho)

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048731 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top