CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosmah Bersalah Terima, Minta Rasuah Projek Solar

1-9-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1813| Komen: 5

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari mengarahkan pihak-pihak berhujah berhubung permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar kes rasuah itu menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan.


“Anda memfailkan sijil perakuan segera pada petang sebelum Hari Kebangsaan (cuti umum) dan saya mengambil masa untuk membacanya. Sepatutnya sudah bersedia.

“Saya sudah berasa tidak ada keperluan untuk menyangkal. Ia membabitkan saya, bukankah anda rasa saya sahaja yang boleh menjawabnya? Anda tidak rasa begitu? Saya mahu dengar permohonan itu sekarang,” kata hakim Mohamed Zaini.


Foto: Kosmo


Sepatutnya, pagi ini mahkamah akan mengeluarkan keputusan sama ada Rosmah disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan rasuah itu namun keputusan belum dapat dikeluarkan berikutan mahkamah perlu mendengar permohonan terbaharu Rosmah itu.

Kelmarin, Rosmah dalam notis usul yang difailkan dan afidavit sokongan yang diikrarkannya, isteri bekas Perdana Menteri meragui integriti hakim berkenaan ekoran insiden pembocoran dokumen penghakiman yang disiarkan oleh sebuah portal berita.

Kes ketirisan dokumen mahkamah itu kini disiasat polis di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 ( kerana kesalahan membocorkan maklumat), Seksyen 203A Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mendedahkan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik).

Rosmah menyatakan, pendedahan penulis artikel itu menyebabkan beliau hilang kepercayaan terhadap Mohamed Zaini untuk menghakimi kes projek solar dan selanjutnya mengumumkan keputusan yang dijadualkan esok.

Rosmah selaku pemohon menyatakan, perbuatan menyediakan penghakiman oleh pihak ketiga  melanggar Kod Etika Hakim dan Kod Etika Pegawai Kehakiman kerana hakim berkenaan tidak menyediakan keputusan dan penghakiman sendiri.

Sehubungan itu, Rosmah memohon Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada keseluruhan perbicaraan manakala keputusan yang dijadualkan digantung sementara menunggu pelupusan permohonannya.

Mengikut pertuduhan pertama, Rosmah, 71, didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta , pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Rosmah didakwa menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 1-9-2022 03:25 PM
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua tiga tuduhan.

Rosmah didakwa meminta dan menerima suapan daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holding iaitu Saidi Abang Samsudin.

Rasuah itu diterima melalui bekas pegawai khas suaminya Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Kronologi kes rasuah solar Rosmah

15 November 2018 - Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak

15 November 2018 - Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rizal Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menerima rasuah RM500,000 bagi dirinya dan RM5 juta bagi pihak Rosmah membabitkan projek itu

15 Mac 2019 - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi membabitkan dua tuduhan rasuah dihadapi Rosmah

10 April 2019 - Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima suapan RM5 juta membabitkan projek sama

28 Jun 2019 - Tuduhan menerima suapan RM5 juta turut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

5 Februari 2020 - Perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi bermula

8 Januari 2020 - Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Rizal

11 Disember 2020 - Selepas mendengar keterangan 23 saksi, pihak pendakwaan menutup kes Hakim menetapkan 10 Februari 2021 bagi mendengar hujahan

10 Februari 2021 - Mahkamah mendengar hujahan kes Hakim menetapkan 18 Februari bagi keputusan selepas mendengar hujahan lisan pendakwaan dan pembelaan

18 Februari 2021 - Mahkamah memerintahkan Rosmah membela diri

5 Oktober 2021 - Rosmah mula memberikan keterangan membela diri

23 Februari 2022 - Pembelaan menutup kes

12 Mei 2022 - Mahkamah Tinggi menetapkan 7 Julai bagi keputusan

1 Julai 2022 - Keputusan kes dijadualkan semula pada 1 September

26 Ogos 2022 - Tular dokumen yang didakwa kertas penghakiman kes itu

Kredit: Berita Harian
Quote KamikuP 1-9-2022 03:56 PM
Ambik ko gara2 mintak rasuah.. ish ish ishh
Selain psl rasuah, meolls geram betoi ngan acik Rosmah ni sbb masa dulu jadik bini Najib dia pun sebok tiap tiap hari muncul kat berita TV mesti ada cerita dia.. bodo kan

Bini Muhyiddon dan Ismail takde pon nak kuor Tv .. ekekeke
Quote glump 1-9-2022 04:44 PM
Bini mail memang jarang kuar tv .anak menantu je lebih menonjol.
Quote tumpanglalu74 19-11-2022 12:18 AM
Aiwan nobadi2..
Quote Mahathirina 19-11-2022 02:05 AM
d7a897a49911970e151d947f4664b263.jpg=s600.jpg

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.058941 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top