CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Seafood Di Kampung Baru: Jumpa Siput Perosak Dalam Kailan Ikan Masin, Ikan Singgang Hanyir Bau Kain Buruk

1-9-2022 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6071| Komen: 63

Tular satu video disebarkan seorang pengguna TikTok bagi melahirkan rasa kecewa dengan sebuah kedai makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana didakwa sebagai pengotor.


Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan seperti seekor siput perosak tanaman dalam hidangan sayur kailan ikan masin yang dipesannya.

Difahamkan, video tersebut memaparkan seekor siput sudah tidak bergerak dijumpai di dalam Kailan Ikan Masin yang baru disedari dalam hidangan itu.


Foto: via mStar

"Tengah syok makan tiba-tiba sayur kau ada siput.


"Please semua hati-hati kalau nak pergi makan dekat satu kedai seafood di Kampung Baru," tulisnya dalam kasyen video yang dikongsikan.

Rakaman berdurasi 10 saat itu memaparkan makanan yang dipesannya sudahpun dijamah sebelum menyedari tentang haiwan perosak itu.

Tambah individu berkenaan, apa yang lebih mengecewakan apabila aduannya tentang penemuan siput tersebut tidak diendahkan kakitangan restoran.



"Ya mungkin (tak sengaja) tapi apabila kita panggil staf, dia buat tak tahu je... tu yang jadi lagi geram," katanya lagi ketika membalas komen netizen.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan perkongsian itu dengan ramai yang mengandaikan bahawa sayur kailan yang dimasak tidak dicuci dan dibilas dengan betul sehingga kehadiran siput tersebut tidak disedari tukang masak.

"Sayur kena basuh betul-betul. Bahan masakan ni ambil masa yang lama untuk basuh pun tak apa. Supaya makanan dijamin bersih.

"Set sekali siput tu. Alahai tuan kedai kenapa main masak saja. Mesti dia tak cuci bersih," komen netizen mengenai serangga perosak itu.

Susulan perkongsian itu juga, beberapa netizen turut mendakwa berdepan pengalaman buruk ketika berkunjung ke restoran yang sama.

Selain merungut tentang isu kebersihan, ada juga yang melahirkan rasa kurang senang dengan servis lambat pekerja di restoran ini.

"Allahu, kedai ni saya terkena satu famili. Ikan singgang busuk, hanyir macam rendam kain buruk. Ikan tiga rasa, kailan... emmm... First and last pijak situ.

"Kotor satu hal, makanan lambat siap pun sama. Lepas tu harga dia mahal juga.

"Saya pernah kena kedai jual ikan busuk tapi dia cakap ikan bekok (ikan bengkak berbau). Ada juga macam ni," komen beberapa netizen.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 1-9-2022 11:29 AM
Siput tu aku jumpa dlm bilik air
Dlm makanan yuck
Quote Manjahati 1-9-2022 11:31 AM
Ni memang sah sayur x cuci..klu cuci mesti siput tu dh jatuh
Quote kelip2_07 1-9-2022 11:32 AM
slalu xbgtau nama kdai
Quote tintin22 1-9-2022 11:36 AM
kaalu lalu lorong belakang Quill city mall yg ada kedai2 makan ikan Singgang.
suasana pon dah nampak kotor
Quote miszclassique 1-9-2022 11:40 AM
Sekarang i suka pegi makan kt gemilang seafood pandan indah... Serbis laju kedai bersih pastu ade option tempat aircond... Somtam dia sedapp mcm kat siam dah mmg pekerja situ pun rupa2 original siam belaka
Quote KIM.K 1-9-2022 11:41 AM
Bapa aku kalau jumpa objek2 asing camni dalam pinggan dia heol kata 'protein tambahan'
Quote Artemesiaa 1-9-2022 11:45 AM
Lain kali sebutlah nama kedai senang orang lain ambil perhatian, sekadar sebut umum macam tu mana nak tahu mana satu.  Sanakan merata ada kedai tomyamnya.
Quote Skuau 1-9-2022 11:47 AM
Edited by Skuau at 1-9-2022 11:48 AM

"bangang ke bengap..dh ko yg order SIPUT....dapat la SIPUT..awat meroyan???"-Peniaga
"SEAFOOD....pekak...badak...bodoh"-pelanggan
                    
Quote prettyuglybabe 1-9-2022 11:48 AM
kampong baru tu kedai mana je bersih..
semua kotor yaamat..
sayur kalau kau malas cuci selai-selai, rendam je la dalam air garam..
ni sah-sah potong tak cuci..
Quote bottombikini 1-9-2022 12:23 PM
sayur ni konsepnya asal basuh
ingat dia ada masa nak kirai satu2 ?
Quote fortiori13 1-9-2022 02:05 PM
Cuci tak bersih la ni.... Itupun kalau cuci, huhu
Quote glump 1-9-2022 02:13 PM
Kalau masak sendiri yg kuantiti masak kat rumah kau cuci macam Mana? Cuba bayangkan kau kena cuci utk kuantiti 10 kali Ganda..macam Mana kau cuci...gitu kena selective bila nak order makann kat luar .jangan nak ikut tekak je
Quote green~tea 1-9-2022 02:19 PM
Apoooo order singgang kat resto??????

Family aku ni seolah pantang dosa besar tau order sup or singgang kat kedai

Kailan ikan masin pun terlalu jaranggggggggg lah order kedai...  

Sejenis terlalu simple masak campak sambil pejam mata pun siap

BTW.. first time tau i dengar org pakai "ike bekok" /ikan jeruk buat singgang.. apa ke celake nya menipu... ike bekok ni orang buat goreng, or bungkus dlm telur dadar... sbb dia lagi busuk dari ikan tenggiri jeruk dlm minyak tu
Quote ninja boy 1-9-2022 02:27 PM
Cuci sayur masak rumah makan masa inikan pula restoren pelanggan 10-100org
Quote mizruncing 1-9-2022 02:35 PM
eeeiiiii pengotor sungguh.. dah lama x makan area kl ni. lagi2 port kg baru ni. ari tu kedai chicken chop kan kantoi
Quote pocongkiutss 1-9-2022 02:38 PM
mizruncing replied at 1-9-2022 02:35 PM
eeeiiiii pengotor sungguh.. dah lama x makan area kl ni. lagi2 port kg baru ni. ari tu kedai chicken ...

kantoi apa ye?
Quote namieamuro 1-9-2022 02:39 PM
ni rase die tak basuh kot sayur tu. kalau lalu air kompem jatuh siput tu. geli tekak
Quote guesswho09 1-9-2022 02:41 PM
prettyuglybabe replied at 1-9-2022 11:48 AM
kampong baru tu kedai mana je bersih..
semua kotor yaamat..
sayur kalau kau malas cuci selai-selai,  ...

Ramai kelantanese kan area ni
kwsn kg baru ni mmg kotor
Quote prettyuglybabe 1-9-2022 02:53 PM
guesswho09 replied at 1-9-2022 02:41 PM
Ramai kelantanese kan area ni
kwsn kg baru ni mmg kotor

kelantan dengan siam..
tapi siam kampong baru pun masak tak berapa sedap..
belah selangor ada kedai thailand lagi sedap..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051452 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top