Frasa ‘beauty is pain’ bersesuain dengan situasi gadis ini apabila ‘filler’ bibir yang dilakukannya telah membuatkan saiz bibirnya membesar dua kali ganda daripada asal.
Karli Gardner kemudiannya terpaksa dibawa ke hospital setelah tidak lagi tahan dengan keadaan bibir yang hampir ‘meletup’. Prosedur bagi membesarkan bibir dikongsikan gadis ini di TikTok miliknya di mana dia mengalami kesakitan beberapa hari selepas disuntik walaupun kelihatan cantik. Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah asid hyaluronik sintetik berpindah ke bahagian lain bibirnya dan merosakkan senyumannya.
Dalam video rakaman di hospital itu, dia menutup sebelah mukanya yang bengkak sebelum memusingkan kamera untuk menunjukkan alat perubatan di wad. TikToker itu kini semakin pulih tetapi keadaan sangat berbeza apabila mukanya membengkak sehingga hampir tidak dapat membuka mata. Dalam satu gambar dimuat naik, kulit dan bibir Karlie kelihatan merah. Disebabkan tidak dapat menahan kesakitan, wanita itu menangis teresak-esak sehingga bulu mata palsunya gugur. - CARI Sumber: mStar/Dailystar
|
ADVERTISEMENT