TERENGGANU - Tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap rakyat Malaysia bagi menyambut hari kebangsaan. Setelah dua tahun dunia dilanda pandemik Covid-19, sambutan Hari Kebangsaan 2022 kali ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Bukan sahaja di Dataran Merdeka dibanjiri ribuan pengunjung untuk menyaksikan acara bersejarah itu, malah sambutan di setiap negeri tidak kurang juga hebatnya. Jika di Dataran Merdeka tular video pasukan Bomba melakukan pertunjukan tayang "bicep" yang membuatkan ramai pengunjung merasa teruja dan terhibur, lain pula kejadian di Terengganu. Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @itsmeida87, kelihatan segelintir pasukan Bomba Dan Penyelamat yang sedang dalam perbarisan tiba-tiba keluar dari barisan selepas ternampak Ustaz Azhar Idrus yang sedang duduk menyaksikan perbarisan itu.
Menariknya, beberapa anggota Bomba tersebut telah menyerbu UAI untuk bergambar membuatkan UAI sedikit terkejut. Malah ada yang turut bersalaman dengan penceramah bebas terkenal itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasa terhibur malah memuji-muji kecomelan abang-abang Bomba yang tiba-tiba menyerbu UAI. Difahamkan ketika kejadian, anggota Bomba tersebut hanya berjalan santai dan bukan sedang berkawad, mungkin juga sudah tamat perbarisan lintas hormat. - CARI |
wnwa05: Ingat lagi dulu malam merdeka uia dngn zizan kat dataran shah alam.tapi baca kat mana ntah hari tu ada kata uai kena ban bagi ceramah kat selangor..pa ...
akuMNdia replied at 1-9-2022 07:24 AM
mentang2 la perbarisan utk penduduk kampung ..diorg ni main2 jer kan join perbarisan nih...
macam ja ...
rastaf replied at 1-9-2022 07:10 AM
itu dah habis kawad kot.time nak keluar bersurai.kalau masa kawad mana boleh pandang tempat lain ...
ADVERTISEMENT