Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini, buat pertama kali Perutusan Khas daripada Perdana Menteri pertama Turkiye, Ali Adnan Ertekin Menderes (Adnan Menderes) kepada Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dikongsikan.
'Hadiah' tersebut, yang kini disimpan di Arkib Negara Turkiye dimuat naik oleh Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel di laman Twitternya hari ini, sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65. Turut dikongsi ialah surat yang dibalas oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman kepada Adnan Menderes yang merupakan Perdana Menteri Turkiye pertama dilantik secara demokrasi.
Berdasarkan surat bertarikh 3 September 1957, Adnan Menderes yang memimpin Turkiye dari tahun 1950 hingga 1960, antaranya menzahirkan ucapan tahniah kerana Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos. Negarawan Turkiye itu turut mendoakan agar rakyat Malaya terus mengecapi kesejahteraan dan kemakmuran. Sementara itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman dalam suratnya berkata, Persekutuan Tanah Melayu akan berusaha untuk menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran dunia. Hubungan diplomatik Malaysia-Turkiye sudah terjalin sejak tahun 1964, dan merupakan rakan dagang ketiga terbesar, serta sumber import keempat terbesar Malaysia di rantau Asia Barat dengan jumlah perdagangan dua hala melebihi AS$4.09 bilion (RM16.97 billion). Sumber: AWANI
|
fofuler replied at 1-9-2022 01:54 AM
OT sikit, kenapa recently kita eja Turki sebagai Turkiye? Ada agreement baru ke apa?
pocongkiutss replied at 1-9-2022 02:02 AM
Turki yg nak tukar nama jd Turkiye kan
fofuler replied at 1-9-2022 01:54 AM
OT sikit, kenapa recently kita eja Turki sebagai Turkiye? Ada agreement baru ke apa?
fofuler replied at 1-9-2022 01:54 AM
OT sikit, kenapa recently kita eja Turki sebagai Turkiye? Ada agreement baru ke apa?
fofuler replied at 1-9-2022 02:03 AM
Erm tak tau pulak, apa2 jelah tetap sama sebutan dia
ADVERTISEMENT