CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Kantoi Ambil MC Sambut Merdeka Sebelum Dicekup Berkhalwat

31-8-2022 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2893| Komen: 20

Sanggup mengambil cuti sakit untuk meraikan sambutan ambang merdeka 2022 bersama tunang membawa padah buat seorang remaja perempuan apabila mereka dicekup berdua-duaan di sebuah hotel di sini, kira-kira pukul 1 pagi ini.


Remaja berusia 19 tahun dan pasangannya berumur 23 tahun berasal dari Serdang, Kulim yang kedua-duanya bekerja sebagai operator kilang itu ditahan di sebuah hotel bajet di Bandar Puteri Jaya selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen mengesahkan mereka pasangan suami isteri.


Penguat kuasa melakukan pemeriksaan terhadap satu pasangan yang berkhalwat di sebuah hotel bajet sempena Op Ambang Merdeka di Sungai Petani, malam tadi.

Walaupun memberi alasan dua tahun bertunang dan bakal berkahwin pada Oktober ini, namun mereka ditahan kerana melakukan kesalahan berkhalwat.

Mereka antara lima pasangan yang ditahan di beberapa buah hotel bajet di daerah ini melalui Op Ambang Merdeka 2022 melibatkan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Muda, Cawangan Penyiasatan Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Skuad Badar.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi itu, pihaknya turut menahan seorang individu lelaki berusia 20 tahun yang bersembunyi di atas siling kerana takut ditangkap.

“Sebaik pintu bilik sebuah hotel di Bandar Aman Jaya dibuka, kita menemui seorang wanita berusia 20-an yang mengaku menginap di hotel itu berseorangan.

“Selepas membuat pemeriksaan lanjut kita mendapati teman lelakinya bersembunyi di siling sebelum memintanya turun untuk ditahan kerana berkhalwat,” katanya.

Kata Mohd. Noor, kelima-lima pasangan itu yang berumur antara 19 hingga 40 tahun dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Keluarga mereka turut dipanggil untuk menjadi penjamin sebelum proses dokumentasi di bawah Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 dilaksanakan.

“Di bawah seksyen ini, jika didapati bersalah mereka boleh dihukum penjara selama dua tahun atau dikenakan denda sebanyak RM3,000,” katanya.

Mohd. Noor berkata, pihaknya akan terus melakukan intipan dan serbuan secara berterusan bagi mengekang kegiatan menyalahi syariat Islam selain berharap ibu bapa mengambil pendekatan mengawasi anak masing-masing agar mereka tahu batas pergaulan mengikut ajaran Islam sebenar. 


Sumber: UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 31-8-2022 09:45 PM
apeda...masa tdo bersama kan ade bantal tgh2 tu.....
Quote prettyuglybabe 1-9-2022 10:47 AM
bodoh betul orang kedah ni..
dah berapa kali kabor..
nak merendek pi penang la..
tak pun pi siam jah..
takde sapa nak kacau..
Quote epullipan 1-9-2022 10:54 AM
kiki sempat tak abis game tu
Quote xy_daen 1-9-2022 10:58 AM
Setakat 4 inci setengah tu ko sabar tunggu nikah jelah dik oiii
Quote kelip2_07 1-9-2022 11:12 AM
pre honeymoon ke?

bln dpn dh majlis xleh sbr
Quote uori 1-9-2022 11:38 AM
dorang nak praktis hidup selepas berkahwin kot. praktis makes perfekkk
Quote eyansss 1-9-2022 12:50 PM
prettyuglybabe replied at 1-9-2022 10:47 AM
bodoh betul orang kedah ni..
dah berapa kali kabor..
nak merendek pi penang la..
edua-duanya bekerja sebagai operator kilang itu ditahan di sebuah hotel bajet di Bandar Puteri Jaya
kaka rasa diorang ada pitih ke nak melangkawi ke penang?  hehehe...
Quote prettyuglybabe 1-9-2022 01:05 PM
eyansss replied at 1-9-2022 12:50 PM
kaka rasa diorang ada pitih ke nak melangkawi ke penang?  hehehe...

bukan kerja kilang masyuk ke..
sebab tu indon lagi suka kerja kilang dari jadi babu..
Quote eyansss 1-9-2022 01:10 PM
prettyuglybabe replied at 1-9-2022 01:05 PM
bukan kerja kilang masyuk ke..
sebab tu indon lagi suka kerja kilang dari jadi babu..

masyuk kalau buat OT cam onggile...  kalau sekadar buat ikut compulsory hours, idok la masyuk mana sangat...
Quote CiliPadiSedap 1-9-2022 01:16 PM
prettyuglybabe replied at 1-9-2022 01:05 PM
bukan kerja kilang masyuk ke..
sebab tu indon lagi suka kerja kilang dari jadi babu..

baik kerja singapore kutip sampah rm10k takde OT. balik jumpa anak bini xperlu check in hotel bajet
Quote toynme 1-9-2022 02:51 PM
kelip2_07 replied at 1-9-2022 11:12 AM
pre honeymoon ke?

bln dpn dh majlis xleh sbr

pastu atas pelamin acah2 pemalu tak pernah kena touch
Quote kelip2_07 1-9-2022 03:09 PM
toynme replied at 1-9-2022 02:51 PM
pastu atas pelamin acah2 pemalu tak pernah kena touch

gigil2 bagai
Quote KamikuP 1-9-2022 03:34 PM
Bulan 5 tahun 2023 penuh dengan berita banyak bayi kene buang. Mark my wor.d. ewahhh
Quote glump 1-9-2022 06:03 PM
Tuhr hr ada majlis anak bday kawan ..majlis mula dalm kul 9 gitu to abis lewat. Ada cucu tuan rumah umur 20an bwk gf sama umah dtg malam tu. Umah dia 30km lah gitu ..sampai malam2. Berani gf tu ikut lelaki tu sampai malam2 ,lalu jalan2 kebun .. sporting lah kononnya parents gf n bf tu. Tak kisah pun..ke aku yg cerewet.
Quote CikYaYaYa 1-9-2022 09:08 PM
Ooo kira macam praktise sebelumm nikohh laa nie kan?
Quote hayrin86 2-9-2022 09:21 AM
prettyuglybabe replied at 1-9-2022 10:47 AM
bodoh betul orang kedah ni..
dah berapa kali kabor..
nak merendek pi penang la..

Cuba pergi Sabah

Quote stingergrumpy 2-9-2022 09:23 AM
MC from work...bukan khalwat kheunz?
Quote stingergrumpy 2-9-2022 09:24 AM
eyansss replied at 1-9-2022 01:10 PM
masyuk kalau buat OT cam onggile...  kalau sekadar buat ikut compulsory hours, idok la masyuk mana ...

Biar sedikit masuknya...tapi yg berkat....iteww yg patut jadi ikhtizam dlm diri kita....
Quote prettyuglybabe 2-9-2022 10:09 AM

mc la ni max 2 hari je klinik boleh bagi.. tak sempat la klu kena naik flight..

nak nak air asia kan..
anyone can fly and anyone can delay..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.128815 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top