CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengadil Diserang Penyokong Di Stadium Pasir Mas

31-8-2022 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1511| Komen: 5

Seorang lelaki yang sedang mengadili perlawanan bola sepak antara mukim berdepan detik cemas diserang penyokong dalam kejadian di Stadium Mini Pasir Mas, di sini Ahad lalu.


Bagaimanapun, tiada kecederaan dialami oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam insiden tersebut.


Tangkap pengadil diserang semasa mengendalikan perlawanan di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui video berdurasi 39 saat yang dimuat naik menerusi akaun Facebook, Kongsi Segala Info semalam.


Menurutnya, berdasarkan video tersebut, beberapa orang lelaki didapati sedang mengasari pengadil perlawanan dalam pertandingan bola sepak antara mukim di daerah ini di Stadium Mini Pasir Mas.

“Insiden tersebut dapat dikawal secara aman dengan bantuan anggota kereta peronda polis yang kebetulan berada di kawasan stadium tersebut semasa kejadian berlaku. Tiada kecederaan dialami oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, setiap individu perlu sentiasa mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi semasa menghadiri acara sukan bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kesalahan yang lebih serius. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 31-8-2022 07:08 PM

Quote FOTHER-MUCKER 31-8-2022 07:09 PM
Bila lobai atau lobainita nak haramkan bolesepak?
Quote stingerkentot 31-8-2022 07:20 PM
Ustazah kentot faraj tak mau komen ka?
Quote kitmal 31-8-2022 08:03 PM
Geng Lobai tak haramkan ke bola sepak di bumi yang dikatakan serambi mekah dan lebih mulia dari negeri negeri lain di malaysia>? walaupun tak menutup aurat..bergaul bebas perempuan dan lelaki ..duduk dekat dekat ...serta dapat memudaratkan ( bergaduh) bercakap tak senonoh dan kadang kala  ada yang tak sembahyang ....
Quote musangbodoh 31-8-2022 10:02 PM
our clan bath naked buat hal ka....emmmm ptt lh abe x kenai bare boh bui sajo

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054913 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top