Rindu membuatkan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna berhasrat mengadakan konsert solo di Kuala Lumpur. Perasaan itu timbul selepas melihat industri muzik tempatan kembali rancak dengan pelbagai acara persembahan.
Namun, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai berkata, perancangan tersebut bergantung kepada masa, apatah lagi dia sedang sibuk dengan pembikinan album baharunya. “Kalau boleh saya nak buat persembahan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) seperti yang pernah saya lakukan dulu. Saya memang ada perancangan ke arah itu, tapi segalanya bergantung kepada keadaan.
“Harapnya konsert tersebut dapat dijalankan tahun ini juga, tapi kami masih mencari masa yang sesuai. Saya agak sibuk ketika ini dengan pembikinan album terbaru,” katanya. Penyanyi yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsi penyanyi, Aizat Amdan, semalam. Dalam pada itu, Yuna memaklumkan, dia perlu memberikan tumpuan kepada konsert jelajahnya yang akan diadakan di beberapa lokasi sekitar Amerika Syarikat (AS). “Insya-Allah, saya akan adakan mini tour di AS pada awal November nanti. Jelajah tersebut hanya berskala kecil di lokasi seperti di Seattle, Portland, San Francisco, Los Angeles, New York dan Boston. “Saya rasa penting sangat untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Saya memang sudah lama tunggu nak beraksi di sini. Rindu juga nak imbau lagu lama, terutama lagu berbahasa Melayu. “Saya juga ingin mengambil kesempatan tersebut untuk memperkenalkan lagu baharu. Saya faham tidak mudah orang suka lagu baharu, jadi kita akan rancang projek ini sebaiknya,” ujarnya lagi. Sumber: Utusan
|
sleepandream replied at 15-8-2022 03:22 PM
kenapa mesti nak dewan plenary yach... buatla venue lain yg tak pernah buat lagi...
bz buat album bu ...
silampumeja replied at 15-8-2022 11:51 PM
Zepp tu tempatbaru kan.. ok tak... Plenary eat dia sempit ya.. tapi nasib coushioning jugak... So ...
dua_chzy replied at 16-8-2022 04:22 AM
Jangan nyanyi lagu2 made in US ko. Tak minat akak. Eh macam la akak pergi konsert ko.
dejure replied at 16-8-2022 01:39 AM
Konsert kat us berapa ribu yg dtg? Ke ratus aje.?ke konsert kat us tu setakat nyanyi kat kelab or ma ...
ADVERTISEMENT