CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Teringin Sangat Nak Makan Guna Tangan Sampai Terpaksa Pakai 'Glove' Getah

6-7-2022 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4875| Komen: 30

Bukan calang-calang derita yang ditanggung wanita ini. Selain terseksa menahan rasa gatal dan sakit pada tangan, dia juga terpaksa makan menggunakan sudu setiap hari.


Bercerita kepada mStar, Zuraini Ibrahim, 25, berkongsi tentang masalah penyakit kulit pada kedua-dua belah tangannya yang ditanggung sejak 2016.


Foto: TikTok

"Masa dulu saya selalu basuh pakaian secara manual saja. Saya guna tangan dan guna sabun jenis serbuk.

"Jari saya mula jadi gatal-gatal dan kemerahan. Mulanya gatal tu cuma pada satu jari saja kemudian mula merebak ke hampir semua jari.


"Awal-awal kena dulu, tangan jadi gatal tapi sekejap saja sudah hilang. Lama-kelamaan rasa gatal makin teruk sampai jadi pedih dan sakit,” katanya yang senang disapa Cikzue.



Menurutnya yang menetap di Perak, dia telah berjumpa dengan doktor di sebuah klinik bagi mendapatkan rawatan.

Kata doktor, penyakitnya ini merupakan sejenis masalah kulit yang dikenali sebagai ekzema.

Setelah mendapatkan jawapan, kata Cikzue, dia mula berasa sedih kerana akan timbul satu kesukaran untuk dia melakukan aktiviti menggunakan tangan.

Malah katanya yang sudah berumah tangga hampir dua tahun ini, keadaan menjadi lebih parah sehinggakan kulit tangannya mengelupas.

Apa yang berlaku menyebabkan dia terpaksa makan menggunakan sudu sahaja.



"Bila jumpa doktor buat pemeriksaan, memang dia cakap saya ada ekzema. Saya sangat sedih bila dapat tahu perkara tu. Masa tu belum kahwin. Nasib jumpa jodoh yang boleh terima saya seadanya.

"Susah sangat nak buat aktiviti bila tangan kiri dan kanan macam ni. Nak buat kerja mengemas rumah atau memasak pun susah sebab kadang-kadang ia berair dan ada masanya kering.

"Nak makan pun saya kena guna sudu sejak tangan jadi makin teruk. Tapi baru-baru ni teringin sangat nak makan guna tangan semula, jadi saya sarungkan glove getah masa makan," katanya yang merupakan anak kedua daripada tujuh adik beradik.

Berikutan video yang tular di TikTok sehingga meraih 2.7 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Cikzue setelah melihat rakaman dikongsikan.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan beberapa petua dan tip di ruangan komen untuk diamalkan oleh Cikzue bagi menangani masalah ini.




"Baru dua kali saya makan pakai sarung tangan sejak ada penyakit ni. Teringin nak makan guna tangan macam dulu balik tapi tangan masih tak okay.

"Saya tak sangka video tu nak jadi viral sampai macam tu sekali. Ramai yang komen cakap saya ada ekzema. Tapi saya sangat terharu baca komen sebab tak ada yang kutuk tapi mendoakan supaya saya cepat sembuh.

"Saya ada pergi klinik juga baru ni untuk dapatkan rawatan. Tapi sekarang dah naik semula gatal-gatal tu. Walaupun memang 'down' sangat dengan tangan macam ni tapi saya fikir mesti ada ramai lagi dekat luar sana lagi teruk alami penyakit ni," katanya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 6-7-2022 07:18 PM
Nak basuh pinggan or baju manual pki glove getah cam org korea tu. Nak makan pakai glove plastik, tak yah basuh tgn lepastu
Quote azimodin 6-7-2022 07:24 PM
Memang ada orang yg sensitif dengan sabun. Mak sejenis masih nak sental baju kat tandas macam orang dulu2. Dia jenis xleh kena air detegen, so kaki dia mmg terkupas2 dari dulu sampai la sekarang. Penat dah nasihat suruh guna washing machine.
Quote kivio 6-7-2022 08:21 PM
Ekzema tu kurap ke?
Quote bakingsoda 6-7-2022 10:46 PM
eh kalau jd cmtu sbb sensitif dgn bahan pencuci kita eczema jugak ke?
Quote SonicSiLandak 6-7-2022 11:04 PM
ngade arr

sudu garfu ada nak gak guna tangan

dah tu buat konten guna sarung tangan

lain la awak tu bangsa etis berak tak cebok

mmg patut la pakai sarung tangan

jijik khuueeeeeeeeeeeeeeeeeeeenzst



Quote Adrif 7-7-2022 01:42 AM
kak ipar aku sorang pun ada masalah kulit. lupa apa nama ntah penyakitnya

tapi dia memang bawak glove plastik dalam beg dia.
kalau sorang2, dia pakai glove plastik makan.
tapi kalau ramai2, dia pakai sudu garpu. kesian jugak nengoknya

nasib baik ler mak ayah aku jenis orang tua memahami
takler melompat melatah tengok menantu makan makanan diorang masak pakai plastik
dah penyakit, nak buat macam mana ye dak
Quote sarahmirza 7-7-2022 01:59 AM
I mmg makan pakai sudu garfu hari2....
Bukan tak pandai makan pakai tangan tapi tak suka...Anak2 i pun kalau i suap makan mmg pakai sudu..
Ada la yg berbunyi kononnya bagus suap anak makan pakai tangan sbb yada yada anak lebih rapat la, anak dengar kata la bla....3x
Ntah ye tak kannn... baik masa ko masak tu ko tambahkan kasih sayang dlm masakan tu, sambil2 menyudip dan menyedok tu ko doa utk keluarga....... tu pesan my mak


Quote ladybugz 7-7-2022 08:27 AM
kesian. moga cepat sembuh. mmg kena pantang kena sabun di tangan utk jangka masa yg agak lama. pakai la glove tu utk mandi sekali pun sbb risau kalau terkena sabun mmg makin menipis kulit di jari. nasib yg sama dgn my sister.
Quote Prickford 7-7-2022 08:52 AM
SonicSiLandak replied at 6-7-2022 03:04 PM
ngade arr

sudu garfu ada nak gak guna tangan

Sheolls kan teringin nak makan guna tangan. Dah lama tak makan pakai tangan sebab kulit tangan tu dah menggelupas melecet. Kalau disiram dengan kari, tak ke menggelupur member tu. Biorlah dia nak makan guna tangan sambil sarung glove. Bukan suruh cuolls suapkan pon. Glove getah tu pon bukan guna duit cuolls pon. Nasi dengan gulai tu pon bukan suruh cuolls masak pon. Apa daaa...

Quote SonicSiLandak 7-7-2022 08:56 AM
Prickford replied at 7-7-2022 08:52 AM
Sheolls kan teringin nak makan guna tangan. Dah lama tak makan pakai tangan sebab kulit tangan tu  ...

sapa tanya ko???
sheols weols iols uols chuols

mende ko ni???

duit ko luak berapa lak ngn komen aku ni??

apa masalah ko erk???






Quote eyansss 7-7-2022 09:30 AM
kivio: Ekzema tu kurap ke?


bukan…  kulit akan jadi irritation kalau terkena benda yang dia sensitif…
Quote babelina 7-7-2022 10:19 AM
aku penah tgk betty adik erma fatima pn sama mcm nie.. dia mkn pkai sarung tgn plastik pastu ada org komen tny.. dia ckp dia pn gatal2 tgn.. moga diberi kesembuhan yg cpt.. amin yra..
Quote azie5zoe 7-7-2022 10:23 AM

Bukan..Iols ada ekzema gak, masa jumpa doktor iols ingat kena kurap tapi doktor kata ekzema, biasanya orang yang pernah ada sejarah asthma boleh kena ekzema ni. iols kena kat tapak kaki, kalau datang gatalnya, peerrgghh..kekadang bila taktahan carik karpet kasar utk bergaru. Kurap biasanya dikaitkan dengan kulat.

Quote Mary_jane 7-7-2022 10:42 AM
Dedolu kan ramai mak2 kuku rosak sebab sabun lah kot. Tapi sekarang pun masih ada. Putus selera makan bila waiter datang hidang dengan kuku begitu.

Moga cepatlah sembuh semua orang sakit gatal2 ni.
Quote prettyuglybabe 7-7-2022 11:02 AM
kena pandai cari sabun yang elok..
ada sabun yang organic tapi harganya mencekik la..
kalau tak sanggup berbelanja lebih, pakai je la sarung tangan..
sabun serbuk yang murah memang tajam..
bila pegang boleh rasa panas..
Quote prettyuglybabe 7-7-2022 11:02 AM
kena pandai cari sabun yang elok..
ada sabun yang organic tapi harganya mencekik la..
kalau tak sanggup berbelanja lebih, pakai je la sarung tangan..
sabun serbuk yang murah memang tajam..
bila pegang boleh rasa panas..
Quote hareeeesah 7-7-2022 11:35 AM
Edited by hareeeesah at 7-7-2022 11:39 AM

Iols pun pnah kena mcm dia ni sebab sabun gak. Cream pharmacy pun xjalan, iols try yleo frank & lavender alhamdulillah skarang tgn dah elok. Time berair kering pecah-pecah mmg pedih moody btul hidup
Quote gideoncross 9-7-2022 08:38 PM
azimodin replied at 6-7-2022 07:24 PM
Memang ada orang yg sensitif dengan sabun. Mak sejenis masih nak sental baju kat tandas macam orang  ...

Mak iol plak klau cuci pinggan mngkuk pkai Glo yg hijau or Sunlight, tpak tgn dia mmg akn jdi camni, same goes to msa cuci bju, mmg pkai rubber gloves sbb x tahan kna detergent jugak. Last2 pkai Glo yg wrna oren & ada aloe vera tu, skrg x lgi camtu kat tpak tgn.
Quote jazaa100 9-7-2022 11:03 PM
kivio replied at 6-7-2022 08:21 PM
Ekzema tu kurap ke?

Bukan.....

Dia gatal & berair.....kekdg mengelupas

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.052147 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top