CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Terapung Di Terusan Disangka Mayat Rupanya Tengah Bermeditasi

5-7-2022 10:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1384| Komen: 16

Sekumpulan penduduk yang menemui ‘mayat’ lelaki terapung di sebuah terusan di Bangkok terkejut apabila mendapati ia sebenarnya seorang manusia yang sedang bermeditasi, lapor laman berita Oddity Central semalam.


Berdasarkan sebuah rakaman video, orang ramai dilihat memenuhi tebing terusan itu selepas melihat satu ‘mayat’ terapung di permukaan air longkang dipenuhi sampah-sarap.


Foto: Odditiy Central/News Delivers

Selepas melaporkan perkara itu kepada polis, seorang lelaki dilihat turun ke dalam air dan memeriksa keadaan ‘mayat’ tersebut.

Namun, sebaik sahaja menyentuh badan ‘mayat’ itu, lelaki berkenaan terkejut apabila mendapati ia bergerak dan bercakap kepadanya.


“Kami fikirkan bahawa dia sudah mati. Semua orang menjerit sebelum itu, namun dia langsung tidak bergerak.

“Apabila ada seseorang cuba menariknya, barulah dia bercakap dan memberitahu bahawa dia sedang bermeditasi,” kata seorang anggota penyelamat, Sommatr Promvog.

Selepas membantu mengeluarkan lelaki berkenaan dari terusan tersebut, pasukan perubatan melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas dirinya dan mendapati dia berada dalam keadaan sihat.

Lelaki itu kemudian dihantar pulang ke rumahnya serta diminta melakukan meditasi di tempat yang lebih sesuai. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 6-7-2022 01:16 AM
Ishhh.. X der tmpt yg LG bersih ke nak meditate pon
Quote sharlenetexas 6-7-2022 01:20 AM
Gigih bermeditasi dlm longkang busuk.


Quote miss_perfect 6-7-2022 01:22 AM
Tergelak aku baca news ni. boleh pulak dia meditate kat tempat macam tu? Tak berbau ke? Hebat daya konsentrasi beliau.
Quote Potpouri 6-7-2022 02:09 AM
Agaknya tu meditasi level tinggi dah tu sebelum kat loji kumbahan..kacau pulak org ramai ni..
Quote CariMalay 6-7-2022 03:03 AM
Kotor tu. Eeeee
Quote Simunggu 6-7-2022 09:08 AM
kotornya air tu....gila
Quote buapakperut 6-7-2022 03:08 PM
Gile ke air tu dah macam venom
Quote Mary_jane 6-7-2022 03:52 PM
Punya focus dia meditasi, orang jerit pun tak dengar. Dah level tinggi tu, kena ganggu plak. Terpaksa turun level 1 balik.
Quote SonicSiLandak 6-7-2022 03:56 PM
bangsa etis  mmg pengotor
Quote insulin 6-7-2022 04:00 PM
Hai mambang air. Mambang longkang.....
Quote dani-rox 6-7-2022 04:08 PM
tgh high lepas pekena ganja kot
Quote Tinot7 6-7-2022 04:16 PM
Yg turun nak periksa tu bery the verani..
Quote supernaturalee 6-7-2022 04:28 PM
Mary_jane replied at 6-7-2022 03:52 PM
Punya focus dia meditasi, orang jerit pun tak dengar. Dah level tinggi tu, kena ganggu plak. Terpaks ...

kena pi longkang yg lg jijik berkeladak kotyg org sah2 xhingin nk dekat
br save meditasi smpi level langit ke 7


Quote ninja9 6-7-2022 06:00 PM
aku pernah tengok youtube yang cerita diindia zaman gautama budha dulu, adalah menjadi kebiasaan untuk buang mayat manusia di hutan, jadi ada sami akan bermeditasi didepan mayat untuk membuang kesombongan dan keakuan dalam diri manusia, dari mayat masih elok mati sampailah reput tinggal tulang.. mungkin meditasi yang sangat khusuk tak terasa semua sensasi diluar badan manusia..

Quote uori 6-7-2022 06:06 PM
Level tinggi nih, sampai deria pendengaran dan bau tak terganggu
Quote Mary_jane 6-7-2022 06:08 PM
supernaturalee replied at 6-7-2022 04:28 PM
kena pi longkang yg lg jijik berkeladak kotyg org sah2 xhingin nk dekat
br save meditasi smpi leve ...

Kacau jela orang2 ni. Alang2 terjun loji kumbahan terus.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041450 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top