Jambatan River of Life adalah satu tarikan yang pelancong mahu pergi ke jambatan itu dan bergambar, ianya adalah salah satu kawasan yang cantik dan menarik perhatian ramai. Baru-baru ini, ada satu ciapan di Twitter yang berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan keadaan bahagian di jambatan itu yang dilihat berbahaya jika tiada tindakan diambil. Difahamkan, ia dapat dilihat jambatan River of Life mengalami keretakan dan kerosakan serta jubin jambatan itu tertanggal dan pecah. Perkara ini menimbulkan kerisauan di antara netizen kerana takut jika ada pengujung akan cedera apabila menggunakan jambatan itu. Melihat reaksi netizen, ramai yang mempersoalkan mengapa projek ini tidak diselenggara dengan baik dan pastinya akan berdepan kerugian jika dibiarkan lagi lama. - CARI |
ADVERTISEMENT