CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Enggan Dedah Anak Dunia Seni, Lisa Surihani Nak Anak Jadi Doktor Atau Peguam

29-6-2022 04:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8439| Komen: 84|Original author: Tatod

Sumber IG


Pelakon, Datin Lisa Surihani mengakui teruja apabila dua orang anaknya, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne terbabit sama dalam penggambaran video keselamatan dalam pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn Bhd, baru-baru ini.

Memetik laporan Gempak, Lisa menerima pelawaan daripada Puan Seri Tiara Jacquelina, namun dia terlebih dahulu mengambil sedikit masa memikirkan keselesaan kedua-dua anaknya sebelum memberikan kata putus.

"Sebenarnya, Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.


"Saya kemudian menerima pelawaan itu dan akhirnya memutuskan untuk bawa mereka bersama. Ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga dalam muzik video.

"Mulanya, mereka tidak faham berkenaan muzik video ini jadi saya perlu jelaskan kepada mereka sehingga mereka memahaminya dan saya dapat lihat reaksi mereka sangat seronok," katanya.

Sementara itu, kata Lisa lagi, buat masa ini dia tidak bercadang untuk mendedahkan anak-anaknya kepada dunia industri lakonan memandangkan usia mereka masih muda.


"Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih kecil.

"Saya masih memikirkan zaman kanak-kanak mereka, persekolahan, pendidikan dan juga agama dalam diri mereka.

"Saya teringin untuk melihat anak saya berjaya sebagai doktor, peguam dan sebagainya," katanya yang hadir sebagai salah seorang tetamu jemputan dalam siaran langsung MeleTOP pada Selasa. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 29-6-2022 04:19 PM
Terpalinggg
Quote miss_perfect 29-6-2022 04:23 PM
Ohh dulu rasa anak2 dia rupa biasa2 je... dah besar sikit baru nampak yg sulung tu rupa yusry, yang second tu rupa lisa.

Btw dia pun dulu study law tapi cemana boleh terjebak dunia seni padahal family takde pun yg masuk dunia ni... so... susah jugak le nak harap anak2 buat benda lain sebab dah ada influence seni tu....melainkan anak2 dia memang by nature tak suka glamour, tak suka dikenali..
Quote prince_marhaen 29-6-2022 04:39 PM
handsome, cantik, comel, tapi tak semua makan gambar kan, certain2 angle je...
lisa dulu belajar law pun terjebak jugak kan sis drpd remaja jadi model iklan......bukannya jadi jahat pun..
kalau dah darah seni mengalir...tambah lagi otak kreatif si yuci ni..anak-anak mesti ada tempias.. lisa pun dulu mak dia model juga kan... trend ye bila dah berhijrah ni nak buang semua pulek ehh...
Quote puanserama 29-6-2022 04:46 PM
Bole je nak kerja2 tu.. belajo rajin2 yer anak2 sekalian
Quote akuHavocczz 29-6-2022 05:17 PM
Kerja doctor, lawyer tu mana gaji mahal dah sekarang. Kontrak pulak tu. Baik jadi artis youtube ke tiktok ke baru masyuukkkk
Quote cikatilia 29-6-2022 05:18 PM
anak sulung tu mcm adik si yusry pompuan tu
Quote ezacbee 29-6-2022 06:29 PM
youlendmeears replied at 29-6-2022 05:23 PM
Apa pulak sis.. baik jadi doktor , lawyer.. dari jadi retis, tiktok dll..
kebanyakkan retis otak  ...

Ada tiktokers berbangga xde sijil SPM tapi bergaji 2k sehari tau. Yg ada sijil SPM pun xdapat gaji cam dia tau. Tau2 kena kecam.
Quote auntyonion 29-6-2022 06:33 PM
Thank you sbb x overdress ye lisa
Quote cantthinkofany 29-6-2022 06:34 PM
ol skooll tul la.....
Quote dua_chzy 29-6-2022 06:34 PM
miss_perfect replied at 29-6-2022 08:23 AM
Ohh dulu rasa anak2 dia rupa biasa2 je... dah besar sikit baru nampak yg sulung tu rupa yusry, yang  ...

Dah dia memang minat dunia hiburan. Ingat lagi zaman AF1 ka AF2 (zaman nobody), gigih sheol jadik penonton konsert sampai muka masuk TV. Tak lama lepas tu, jadi retis.
Quote dua_chzy 29-6-2022 06:35 PM
Anak sulung dia, muka sebijik BIL aiol. Bayangkan ja lelaki muka gitu.
Quote doubleA 29-6-2022 06:52 PM
Kalau iols taknak anak jadi medical doctor sebab macam stress je tengok HO,MO kat hosp. Memang masyuk la kalau pakar tapi the journey tu perit. Iols cuma nak anak2 iols cintakan ilmu, terus cari ilmu dan sebarkan, jadi cikgu dan pensyarah ok. Tu iols la yg marhaen
Quote cahaya_almas 29-6-2022 07:06 PM
Lisa makin cantik sejak bertudung
.lopak pun kalah...huhu
Quote tulip-rain 29-6-2022 08:34 PM
Baguslah mcm tu kayu oii.
Tak payah lah nanti suruh anak tu masuk dunia HIBURAN, sbb nak fefeling konon anak tu bakal meneruskan legasi "primadona kayu" emaknya
Buat malu je.
Kat malaysia je bila kau berlakon banyak filem setahun terus dapat gelaran "primadona". Entah ape2 ntah.
Quote heythere123 29-6-2022 09:50 PM
typical asian parent ke tu
Quote kemala.sigh 29-6-2022 10:08 PM
Standard asian parent la ni, anak klu boleh nak jadi lawyer or doctor. Tapi sekarang ni semua kerja dah banyak dalam bidang it. Apa2 pun semoga Anak2 Lisa membesar jadi orang yang berjaya dunia akhirat la.
Quote syamzana 29-6-2022 10:14 PM
taknak anak jadi org seni tp kecik2 ni ko terima jugak depa masuk dlm mv tu. siap ckp anak2 happy lagi. apooo ckp belit2 neh.
Quote irvene 29-6-2022 10:18 PM
makin bnyk plak kisah kau skrg. duk umh dediam and senyap mcm dlu balik lah. tak pernah minat kau!
Quote Lily_Elizabeth_ 29-6-2022 10:28 PM
Comey comey anak anak dia.

Untung anak anak dia dapat lahir dalam wealthy family.
Belajar elok elok nanti ya anak anak.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.224400 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top