Rossa Sera akhirnya membuka mulut secara terbuka berhubung kenyataan pelawak, Shuk Sahar yang mengakui menyesal menduakan isterinya.
Shuk baru-baru ini, menerusi program Hard To Heart yang dihoskan Datuk Aznil Haji Nawawi sebak mengakui menyesal atas perbuatannya itu. Klip rakaman berkenaan juga ditayangkan di program MeleTOP dan kelihatan Sera tidak mampu terlalu sebak ketika melangkah masuk ke studio.
Dalam rancangan itu, Sera mengakui kemaafan yang diberi berulang kali bagai menyakiti hati sendiri sehingga sudah tidak mampu menanggungnya lagi. "Bila saya sakit, saya tak dapat membahagiakan orang lain dan anak-anak saya. "Jadi saya rasa lebih baik saya stop," ujarnya. Pun begitu, dia mengakui masih berhubung dengan Shuk, tetapi demi anak-anak saja. Difahamkan, mereka juga sudah berbincang mengenai keputusan yang akan diambil selepas ini. "Cukup sampai itu saja sebab mungkin saya tak mampu nak bahagiakan dia," ujarnya gagal mengawal emosi sehingga terpaksa ditenangkan pengacara Nabil Ahmad dan Uyaina Arshad. Apa yang menarik perhatian penulis di ruang komen adalah cadangan untuk MeleTOP memanggil 'Farah' dipercayai individu yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Shuk sebagai tetamu jemputan. Adakah Fara akan berdrama air mata juga jika permintaan warganet direalisasikan? - CARI
|
hyie replied at 29-6-2022 05:39 AM
iols rengsa tengok tangan si sera ni tak reti diam main tisu masa menjawab soalan kat meletop yach. ...
tomiko_haza replied at 29-6-2022 02:05 PM
Sera ni mesti jenis pompuan yang bile jadi apa2 salahkan diri dia dulu..mybe sbb tu dia bertahan wlp ...
tompie replied at 29-6-2022 03:22 PM
AKu rase sebab Sera ni bergantung hidup kat Shuk kot.. mcm org2 dulu..
kalau tgk yang haritu kelua ...
naina replied at 29-6-2022 03:30 PM
Percaya je sera bertahan selama ni sebab duit. Yela rumah cantik mewah selesa juta2 takkan nak menye ...
ADVERTISEMENT