Seperti yang kita semua tahu, pengorbanan seorang ibu tidak dapat disangkal lagi. Seorang insan bergelar ibu sanggup berbuat apa saja demi kebahagiaan anak-anak mereka walaupun dirinya lelah dan letih.
Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Tria Amandha. Wanita itu telah memuat naik video yang diambil dari Instastory milik suaminya.
Menerusi video itu, kelihatan wanita itu berjaga sehingga jam 3 pagi untuk mendodoikan anak bongsunya yang tidak sihat akibat demam panas.
Menurut suaminya, anak bongsu mereka enggan didukung oleh sesiapa pun kecuali ibunya. Oleh kerana terlalu keletihan, wanita itu bersandar pada dinding tertidur dalam keadaan terduduk.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anak mereka. Di samping itu, netizen juga turut mempersoalkan di mana seorang suami dalam urusan penjagaan anak. - CARI