Pasti setiap pembaca disini mempunyai kereta impian yang tersendiri namun tidak semua individu boleh memiliki kenderaan impian mereka kerana harganya melangkau kemampuan sesetengah individu. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang sanggup ikat perut sehingga terpaksa mengehadkan perbelanjaan demi memiliki kereta idaman mereka. Baru-baru ini, tular satu perkongsian yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Luqman Yamin. Menerusi posting itu, lelaki ini berkongsikan kisah mengenai seorang 'sales assistant' yang membuat 'content' di akaun Tiktoknya untuk menjawab pertanyaan seseorang kereta apa boleh dibeli jika gaji RM2800 sebulan.
Sales assistant ini berkata bahawa individu itu boleh memiliki kereta Proton X50 dengan gaji tersebut. Walau bagaimanapun, teknik wanita itu mempromosikan X50 telah dikecam oleh netizen kerana secara tidak langsung ia menjerat orang yang bergaji rendah untuk memiliki kereta itu. Boleh dikatakan kebanyakan pembantu jualan yang menggunakan teknik itu untuk mendapat komisyen. Oleh itu, ramai netizen yang mencadangkan agar membeli kereta yang mengikut kemampuan gaji masing-masing. Hal ini kerana kenderaan yang dibeli perlu diservis beberapa kali. Belum lagi ketika berdepan dengan kecemasan seperti tayar pancit, kemalangan dan sebagainya. -CARI |
seri_mawr replied at 3-6-2022 09:44 AM
aku terbaca mana tu dia kata nak beli kereta....
harga kereta kita sama dgn gaji setahun..klu harga ...
bakingsoda replied at 7-6-2022 09:48 AM
ada si polan aku kenal gaji 14k sebulan kata x50 terlalu mahal last beli kete baru axia auto ...
ADVERTISEMENT