CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Barang Ganti Naik Harga Punca Tambang Sekolah Naik Harga Ke RM25 Sebulan

27-5-2022 03:20 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 946| Komen: 0|Original author: Agent13k

Ada sesetengah ibu bapa yang menggunakan khidmat bas sekolah supaya anak boleh pergi sekolah dengan mudah tanpa perlu mereka sendiri menghantarnya.

Kredit foto: Kosmo


Memetik Utusan, tambang bas sekolah akan dinaikkan sehingga RM25 sebulan bermula Julai tahun ini. 

Bagaimanapun, tambang baharu ini dikatakan hanya untuk bas sekolah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja dahulu.


Difahamkan, cadangan dari Persatuan Bas Sekolah Selangor Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) untuk menaikan harga tambang itu adalah berikutan peningkatan pelbagai kos penyelenggaraan seperti alat ganti kenderaan yang dikatakan naik harga secara mendadak.


Namun, menurut pengerusi PBSSPKL Mohd Harun Sidek, kenaikan tersebut belum diputuskan lagi dan perkara itu akan dibincangkan dalam kalangan ahli dan pengguna. 

Pihak mereka juga akan mempertimbangkan cas tambahan bagi penghantaran pelajar ke sekolah yang terlibat dengan tuisyen, kokurikulum dan lain-lain di waktu luar sekolah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.077970 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top