Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Ku Cik. Menerusi video itu, kelihatan seorang pelajar universiti tempatan yang diserbu oleh pihak berkuasa di sebuah kedai makanan.
Serbuan dilakukan ketika pelajar perempuan itu sedang menghisap shisha di luar kedai makanan. Semasa diserbu, pelajar itu kelihatan sangat terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa.
Di dalam video itu, jelas kedengaran suara pelajar itu terketar-ketar ketika cuba untuk mempertahankan dirinya. Walaupun takut, pelajar itu sempat persoalkan tindakan pihak berkuasa yang mahu memberi kompaun.
Katanya, sangat mustahil untuk dirinya sebagai seorang pelajar untuk naik turun mahkamah. Tambah-tambah lagi apabila dia perlu menjelaskan kepada ibu bapanya mengenai kompaun dari pihak berkuasa.
Walaupun pelajar itu sudah sehabis boleh cuba untuk mempertahankan dirinya, namun pihak berkuasa mengenakan kompaun kepadanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan suara pelajar perempuan yang terketar-ketar itu. Siapa yang tidak takut bila disoal dan dikompaun pihak berkuasa. - CARI