Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar dengan kisah-kisah berkenaan penjawat awam yang berat tulang membuat kerja sehingga menyebabkan perkhidmatan yang ditawarkan menjadi tidak efisien.
Isu mengenai masalah ini seringkali menimbulkan perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, menerusi akaun Facebook Warga Wilayah tular perkongsian seorang individu yang tidak berpuas hati dengan sikap sesetengah penjawat awam yang seringkali culas ketika melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat.
Individu yang tidak dinyatakan namanya itu turut membuat senarai watak penjawat awam yang sudah basi kerana boleh dibaca oleh orang awam seperti masuk pejabat tepat pada masanya namun boleh keluar bersarapan pagi sehingga menyebabkan banyak kaunter tidak dibuka dan banyak lagi.
Individu itu turut membongkarkan sikap sesetengah pekerja kerajaan yang suka 'bercakap' belakang dan mempersoalkan kejujuran mereka dalam melaksanakan tugas.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa ada sesetengah pekerja kerajaan yang bermasalah namun kita tidak boleh pukul rata kerana ramai juga yang menunjukkan sikap integriti. -CARI