Seperti yang kita semua tahu, ramai pengguna jalan raya mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain.
Ada pengguna yang memandu kenderaan di lorong kecemasan dan ada yang suka ambil parkir orang lain. Kalau nak disenaraikan satu per satu, esok pun tak akan habis!
Baru-baru ini, kisah yang sama terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia berdepan dengan pemandu yang mementingkan diri. Video mengenai kisah itu dikongsikan suaminya sendiri di Facebook milik Shahrudin MA Suhilee.
" data-width="500">Loading FB Post...
Menerusi posting itu, suami wanita itu, Shahrudin mengecam pemandu kenderaan yang gemar ‘double park’ terutama di kawasan hospital yang sangat padat dengan kereta. Seeloknya sebagai pemandu kita letaklah nombor telefon pada cermin kereta supaya orang dapat menghubungi kita untuk mengalihkan kenderaan.
Lelaki ini juga berkata, isterinya terpaksa menunggu pemandu yang menghalang keretanya selama 30 minit. Tambahnya, akibat terlalu lama menunggu, isterinya menjadi beremosi kerana banyak urusan tergendala termasuklah terlewat mengambil anak di sekolah.
Apa yang lebih menyakitkan hati adalah sebaik sahaja pemandu wanita yang menghalang kenderaan isterinya itu tiba, dia langsung tidak panik atau bergegas masuk ke dalam kereta walaupun isterinya telah mengatakan bahawa dia sudah lewat kerana banyak urusan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut geram dengan sikap pemandu wanita itu. - CARI