Menjadi anggota tentera adalah salah satu kerja murni dengan hasrat mereka mahu menjaga keamanan negara. Mereka perlu diberikan penghargaan yang baik bagi jasa mereka sepanjang bertugas. Memetik Majoriti, baru-baru ini ada ciapan tular memaparkan beberapa pesara tentera terpaksa berdiri di tengah panas hanya untuk mendengar ucapan panjang daripada pegawai anggota tentera yang dipercayai berlaku di Putrajaya. Melihat video itu, kelihatan veteran tentera sedang berdiri dalam keadaan lemah dan tidak selesa mungkin disebabkan cuaca yang panas terik, malah ada sebilangan mereka terpaksa duduk kerana tidak larat untuk berdiri lama. Menjengah di komen pula, ramai netizen marah terhadap pihak penganjur kerana tidak melayani veteran secara adil sementara pegawai pula dapat duduk di bawah khemah dengan selesa. - CARI |
ADVERTISEMENT