Siapa yang tidak kenal dengan pengarah urusan Mydin iaitu Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin. Datuk Ameer sangat dikenali kerana selalu membuat content di akaun rasmi Mydin dan kali ini beliau sekali lagi menjadi tumpuan ramai di media sosial. Untuk pengetahuan semua, walaupun Datuk merupakan pemilik pasaraya terbesar di Malaysia, beliau sangat merendah diri dan bersahaja. Beliau juga sering membuat content video untuk mempromosikan barangan di Pasaraya Mydin dan sentiasa mengikut trend semasa.
Baru-baru ini, Datuk Ameer membuat beberapa siri video baru di akaun Tiktok rasmi Pasaraya Mydin bagi menjawab persoalan rakyat Selangor yang pening dengan stok ayam yang semakin berkurangan. Namun, beliau berkata, Mydin sentiasa mempunyai stok ayam yang banyak cuma dihadkan kepada dua ekor bagi setiap pembelian. Dalam satu lagi video, Datuk Ameer mengikut trend isyarat tangan yang popular di Tiktok. Hal ini membuat rata-rata netizen terhibur dengannya. Bagus betul Datuk Ameer buat video yang 'fun' untuk memberitahu orang ramai yang stok ayam masih ada di Mydin. Beliau juga mengambil kesempatan itu untuk memberitahu bahawa janganlah kita menyebarkan info palsu sehingga menyebabkan orang ramai berasa gelisah dan takut terutamanya isu mengenai stok makanan yang semakin berkurangan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji marketing Pasaraya Mydin yang mampu menarik minat pelanggan dan dalam masa yang sama juga memuji Datuk Ameer yang sanggup turun padang untuk menyebarkan info-info kepada pelanggan. |
ADVERTISEMENT