Shila Amzah mengabadikan momen indah percutian pertama bersama anak lelakinya Seth Uwais di Singapura menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Instagram nya.
Pada 8 Mei baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah membuat keputusan untuk membawa anak kesayangannya bercuti di Kota Singa itu. Shila yang kini telah pulang dari bercuti, memuat naik video memaparkan memori gembiranya bersama Seth di sana. Dalam entri yang ditulis Shila, semenjak menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, dia sedar ia bukan satu tugas yang mudah untuk menjadi ibu dan juga ayah kepada anaknya. Namun demi Seth, Shila berazam untuk menjadi seorang ibu yang kuat. “Saya gembira saya dapat cipta kenangan ini di Singapura bersama Seth. Menjadi seorang ibu tunggal bukan mudah. Perkara yang paling sukar adalah, tiada siapa yang bantu dan mengambil alih. Kadang-kala saya masih menangis tapi apabila saya lihat anak saya, dia senyum kembali pada saya.. Mengingatkan saya kenapa saya perlu jadi kuat. Alhamdulillah,” tulisnya.
|
ahhhhhhhh replied at 14-5-2022 09:56 AM
Gelinya tgk perempuan bertudung menari nari
doubleA replied at 13-5-2022 05:50 PM
Terpaling ibu tunggal
ashilalat replied at 14-5-2022 03:22 PM
Halah halah halah retis pujaan @tikusmontok ni pon. Mcm lah kau sorang je ibu tunggul yang terpaling ...
uori replied at 14-5-2022 03:23 PM
itulah, berulang kali cakap benda yang sama, takut netijen lupa ke apa
tikusmontok replied at 14-5-2022 04:25 PM
Akhirnya pemenat iols..aciklalat gundu bersuara semula selepas ilang mabuk melahap berbalang2 bata ...
ADVERTISEMENT