CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sophia Albarakbah Rahsia Kekasih, Tak Selesa Nak Kongsi

13-5-2022 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4008| Komen: 11

Nama Sophia Albarakbah mula dikenali selepas kejayaan membawakan watak Cahaya Malaika dengan berkesan dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa menerusi slot Samarinda TV3 yang ditayangkan sepanjang Februari lalu.


Sementelah meniti populariti sekarang, tentu segelintir peminat terutamanya kaum lelaki mahu mengenali pelakon yang dikenali dengan nama komersial Sophie Koshka ini.

Foto: IG

Sophia, 27, berkata, dia sebenarnya lebih terbuka untuk bercakap berkenaan karier berbanding isu peribadi.

"Saya minta maaf jika ada pertanyaan membabitkan teman lelaki atau pasangan hidup kerana saya kurang selesa bercakap berkenaan status.


"Kalau dah tiba masanya, saya pasti akan kahwin sahaja. Lagipun saya tak perlu terburu-buru pun ke arah itu kerana nak fokus pada karier terlebih dahulu.



"Bukan kerana takut saham saya jatuh apabila mengaku dah berpunya tapi saya seorang yang pentingkan privasi dan sukakan privasi.

"Kalau boleh saya tak suka orang tahu banyak sangat cerita peribadi berbanding karier," katanya.

Sophia yang pernah membintangi drama Tercipta Satu Ikatan dan Hadiah Dari Tuhan berkata, dia juga lebih suka menyimpan sendiri masalah berbanding bercerita dengan orang lain.



"Setakat ini saya tak pernah minta tip daripada pelakon senior berkenaan karier dan isu peribadi. Jika misalnya ada masalah atau cerita sedih dalam karier, saya hanya akan berkongsi dengan kawan rapat atau orang yang saya percaya.

"Saya sebenarnya jenis tak mudah percayakan orang. Jadi saya takkan hanya berkongsi macam itu sahaja. Saya jenis suka berhati-hati, dan saya pemalu, memang lebih selesa macam itu.

"Juga sebab orang ini suka berkata, suka bawa mulut serta tokok tambah, jadi saya tak suka kalau ada cerita tak bagus pasal saya yang tak betul pun. Jadi saya kena berhati-hati dengan percakapan dan pergaulan," katanya.



Sophia yang teruja dengan kejayaan Suamiku Lelaki Pendosa berkata, dia bersyukur penonton dapat menerima watak yang dilakonkannya.

"Rezeki saya pun semakin bertambah. Saya akan tampil dengan drama Airmata Allisya, lakonan dengan Keith Foo yang akan ditayangkan setiap Jumaat di TV9 bermula 20 Mei ini.

"Sekarang saya tengah 'shooting' drama Cinta Hilang Kata bergandingan dengan Shahz Jaszle dan Iqram Dinzly sebanyak 40 episod untuk Astro Prima. Shooting masih berjalan mungkin sehingga Julai nanti.



"Dari segi kesesuaian watak pula, saya rasa bergantung pada tawaran dan penerimaan peminat. Kalau rasa sesuai, saya okey sahaja untuk terima," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misz_sanggul 13-5-2022 01:49 PM
dlm tv n gambo lawa sgt2..face to face cantik la tp idokla wow sgt..tp ms tu die student la
Quote Aneem 13-5-2022 01:50 PM
Seksi jugekkk.
Nexttt
Quote kotakominami 13-5-2022 02:27 PM
Jeles tgok body dia cantik.....takdela kurus sekeping gituh...bakalan mcm nynaa ke jadi tai tai nanti?
Quote cmf_Kezman 13-5-2022 03:48 PM
mmg la xshare, tp bf kau tu yg hadap sgt dpt kau pui
Quote m2506 13-5-2022 03:50 PM
iras hana delisha
Quote Normabaru 13-5-2022 04:47 PM
Dia ni aura slut high sgt..g goda sol tu dik..IK tu busuk pada kaka hihi
Quote ezacbee 13-5-2022 06:04 PM
Normabaru replied at 13-5-2022 04:47 PM
Dia ni aura slut high sgt..g goda sol tu dik..IK tu busuk pada kaka hihi

Dia xreti bergelek kot.. Xbleh lawan IK bergelek gerudi
Quote Normabaru 13-5-2022 06:07 PM
ezacbee replied at 13-5-2022 08:04 PM
Dia xreti bergelek kot.. Xbleh lawan IK bergelek gerudi

Xreti blh blajar..confirm pak selam bg green light..

Look young look fresh...tantik takkkk?kihkihkih
Quote kaedahnya 14-5-2022 05:59 PM
tatau kenapa aku selalu rasa dia ni bukan umah lokal tapi foreigner.
maafkan akak dik.
Quote cmf_premierleag 14-5-2022 06:05 PM
Lawanyaaaaa sheolsss
Mcm mannequin kat kedai2 baju tu
Quote wirazam 14-5-2022 06:08 PM
kotakominami replied at 13-5-2022 02:27 PM
Jeles tgok body dia cantik.....takdela kurus sekeping gituh...bakalan mcm nynaa ke jadi tai tai nant ...

Lawa...tapi nak tgk wajah xpe mekap..lawa jugak ke..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.070210 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top