CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Masih Inginkan Norman Hakim, Abby Abadi Suruh Netizen Bersihkan Hati

9-5-2022 09:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4801| Komen: 30|Original author: Tatod


Keakraban hubungan antara pelakon Abby Abadi dan bekas suami, Norman Hakim serta isterinya, Memey Suhaiza sering kali menjadi perhatian dan sebutan dalam kalangan pengikut mereka di media sosial.

Rata-rata, ramai memuji jalinan mesra yang terbina selepas masing-masing melupakan sengketa lama bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.

Berpeluang menyambut Syawal bersama-sama, Abby menerusi sebuah coretan di Instagram menepis segala komen negatif yang mempertikaikan tindakannya yang seolah-olah tidak membataskan kemesraannya dengan keluarga baharu Norman.


Menerusi luahan yang diserta bersama sebuah video sambutan Aidilfitri baru-baru ini, pelakon yang terkenal dengan drama Gerak Khas itu berharap agar mana-mana individu yang memandang serong terhadapnya agar menggubah mentaliti.


"Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala.

"Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis, kenapa mesti nak raya sama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapa begitu, kenapa begini.

"Banyak pula persoalan ya? Baik pun dicari-cari pula salah. Bila bergaduh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya?," tulis wanita itu.

Malahan, kata Abby lagi, tahun sebelum ini ada seorang artis yang turut mempersoalkan tindakannya yang menyambut Aidilfitri bersama keluarga bekas suaminya.


"Hallu! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dengan pasangan kami tu? Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun dan macam ni. Memang ke mana pun rancang sama-sama sebab anak-anak ramai, bincang supaya semua dapat bersama. Apa jadi masalah sangat tu?

"Lebih tragis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman. Aiyooo! Dah 14 tahun berlalu. Sudahlah tu. Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redaNya," katanya yang berharap agar mereka terus hidup sebagai satu keluarga sehingga ke syurga. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 9-5-2022 10:02 AM
baru je abg layari internet  kelmarin, dan tahu apa maksud FFM...


Quote Nurul8001 9-5-2022 10:05 AM
salimrock replied at 9-5-2022 10:02 AM
baru je abg layari internet  kelmarin, dan tahu apa maksud FFM...

Apa tu. Kalo FM sy taula, frekuensi radio, suria fm, hot fm
Quote cikatilia 9-5-2022 10:18 AM
salimrock: baru je abg layari internet  kelmarin, dan tahu apa maksud FFM...


byk 1 yg mana 1 tu yg ko maksudkan
xkan female female male kot

Quote ezacbee 9-5-2022 10:45 AM
cikatilia replied at 9-5-2022 10:18 AM
byk 1 yg mana 1 tu yg ko maksudkan
xkan female female male kot

Betul la maksud FFM kot. Sharing my husband with my bff. Hasil pencarian google.
Quote Meiizu 9-5-2022 10:46 AM
Tatau malu ke abby
Quote tasha 9-5-2022 10:48 AM
Famili gedik....meluat
Quote laksmanabentan 9-5-2022 10:50 AM
tasha replied at 9-5-2022 10:48 AM
Famili gedik....meluat

sama laaa... meluat.... orang lain ada ler juga bermadu...
tapi takde la gedik mcm yebby nih...
over sgt.....
tergedik2....
Quote seri_mawr 9-5-2022 10:50 AM
pada aku ok jek....masing2 dah move on..
mereka kan ada anak2 bersama....so anak2 tentu rasa bahagia walaupun parents dah berpisah...

xde la jd kes..bila mak ayah cerai...cerai dgn anak2 sekali....
Quote salimrock 9-5-2022 11:06 AM
Nurul8001 replied at 9-5-2022 10:05 AM
Apa tu. Kalo FM sy taula, frekuensi radio, suria fm, hot fm

federal flour mills haha
Quote salimrock 9-5-2022 11:09 AM

teringat kisah norman kena tangkap basah dgn memey lebh kurang 15-20 tahun dulu,
menangis norman, teresak2 kena sound dgn abby...

tp norman amik memey juga.. bahagia smpai skrg,

abby je tak dpt cari penganti norman... tak silap 2 kali kawin kot cerai... kalo ko tak cerai dgn norman dulu kan bagus, dpt la norman ber FFM dgn korang berdua
Quote KucingBiru 9-5-2022 11:12 AM
Abby ni nampak sangat dia tak boleh move on. Nampak macam sampai level mental pun ya. Pasangan bercerai lain ada je yang baik, mcm Erra-Yusri, Tok K dan Tg Zawiyah.

Baik tapi tak la over nak melekat ja dgn family ex.
Real victim dalam ni bini Norman dn laki Abby.
Quote bahagiaselalu 9-5-2022 11:29 AM
Nak bahagia bersama madu biar di belakang tabir, bukannya nak show off dekat ig.. meluat wehhhhh.. sepanjang masa duk post mesra alam dengan bekas
Quote zaraaqilah 9-5-2022 11:34 AM
KucingBiru replied at 9-5-2022 11:12 AM
Abby ni nampak sangat dia tak boleh move on. Nampak macam sampai level mental pun ya. Pasangan berce ...

setuju....at least jagalah juga perasaan n maruah pasangan
Quote fido_dido 9-5-2022 11:53 AM
nak tunjuk terpaling move on letew..over sangat bakyah nak menggeletis dgn bekas laki
Quote Burong_Hantuk 9-5-2022 12:04 PM
x boleh lupa abby serang norman hakim time tgh shooting dulu
Quote opie5662 9-5-2022 12:05 PM
Instead of suruh netizen bersihkan hati, apa kata jaga sket kelakuan ko tu yebbi. Tak malu ke. Laki pon sama samdol, tgk je bini menggedik ngan duda. Nampak sgt ko ade hati lg ngan norman tu. Sendiri yg tak jaga kelaku, hati netizen lak yg disibukkan
Quote chocobozhere 9-5-2022 12:21 PM
Ok je berbaik tp tak boleh di up kt socmed pastuu toksah nak sedondon sangat.. Kelaka pulak aku semua benda nak kene sama dengan bekas wanita yg pernah rosakkan hub satu masa dulu.
Quote auntyonion 9-5-2022 12:22 PM
Bkn org suka kau bergaduh n tak suka kau org berbaik.. masalahnya kau org overrrr..geli yach! buat biasa2 baik light2 sudah la padahal masing2 dah ada pasangan n anak2..
Quote KamikuP 9-5-2022 12:32 PM
Tertengok TV6 ada ulangan Aidilfirti tahun 1993 Raja Emma perkenalkan yg si Abby ni sedara dia merangkap kumpulan Alpha.. ekekeke apoo tak penah dengo pun..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058435 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top