CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nampak Uncle Ni Masa Berhenti Di Traffic Light," - Perkongsian Dayah Bakar Buat Ramai Sebak

28-4-2022 02:12 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2325| Komen: 3|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Dayah Bakar


Untuk pengetahuan semua, pengacara popular Dayah Bakar sebelum ini menetap di Canberra, Australia bersama suami dan anak kecil mereka iaitu Achbar Muhammad Fahri. 

Sumber: Instagram Dayah Bakar


Baru-baru ini, Dayah memuat naik satu perkongsian di akaun Instagram miliknya yang membuatkan ramai sebak. Menerusi perkongsian itu, kelihatan seorang lelaki memakai tongkat sedang berusaha sehabis boleh untuk melintas jalan.


Menurut Dayah, dia berharap agar kisah diceritakannya itu dapat membuka mata semua agar lebih bersyukur dengan nikmat yang diberikan Tuhan. 

Tidak salah sekiranya kita berkongsi rezeki yang diberikan dengan bersedekah walaupun jumlahnya tidak banyak, namun kita dapat membantu seseorang yang berada dalam kesusahan.

Sumber: Instagram Dayah Bakar

Menerusi video itu juga, kelihatan Dayah telah mengambil sedikit masa untuk bercakap dengan lelaki itu. Rupa-rupanya, lelaki itu berniaga kecil-kecilan di lampu isyarat untuk menyara kehidupannya. 

Dayah juga mengambil kesempatan itu untuk memberikan sedikit wang kepada lelaki berkenaan kerana masih berusaha untuk berniaga walaupun berada dalam keadaan begitu. 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen sangat sedih melihat keadaan lelaki itu. Ramai juga yang bertanyakan kepada Dayah di mana mereka dapat mencari lelaki berkenaan untuk memberikan sedikit sumbangan kepadanya. 


Sumber: Instagram Dayah Bakar

Sama-sama kita doakan kesejahteraan lelaki itu, semoga dipermudahkan urusannya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Robyntris311 30-4-2022 10:17 PM
Knp niiiii spe tu
Quote Lolalala 4-5-2022 11:01 PM
Uncle tu kena Polio kan?
Quote NazRysha 11-5-2022 04:06 PM
sedihnyaaaa huhu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.063003 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top