"Contohnya saya kena banned enam bulan, jadi sepanjang tempoh itu saya dapat susun semula perancangan kehidupan macam mana. Saya ada tanya produksi tetapi mereka pun tak beri jawapan," katanya.
Selain isu curang, pemilik nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar turut terpalit dengan kontorversi membabitkan pelakon Fauzi Nawawi mengenai babak rogol dalam sebuah program temu bual pada Oktober tahun lalu.
Sejak Shuk terpalit dengan isu panas itu, dia tidak lagi kelihatan dalam mana-mana produk seni baharu yang ditayangkan di TV. Bekas pengacara Mic On dan I Can See Your Voice yang kehilangan sumber pendapatan itu juga terpaksa menjual rumahnya.
"Alhamdulillah, rumah itu sudah dibeli oleh seorang usahawan muda yang kebetulan mencari rumah di kawasan itu. Rasa sedih lepaskan sebab itu rumah pertama saya. Ketika itu saya masih kerja dengan Hot FM, saya guna semua duit untuk ubah suai.
"Adalah duit sikit untuk teruskan kehidupan. Punca pendapatan utama buat masa ini adalah perniagaan dan review produk," katanya. -CARI