CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ini Yang Saya Rindu Sebenarnya, Dapat Jadi Orang Biasa", Datuk Siti Nurhaliza Menangis Depan Kaabah

28-4-2022 07:14 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 10591| Komen: 123|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Datuk Siti Nurhaliza


Ketika berada di tanah air, kelibat penyanyi tersohor iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa akan menjadi perhatian peminat setianya tidak kira di mana beliau berada.

Namun menurut Datuk Siti, perkara yang paling dirindui olehnya adalah apabila beliau dapat menunaikan ibadah dengan sempurna tanpa ganggu sesiapa pun. Datuk Siti akui beliau berada tenang apabila tidak 'dikenali' atau 'diganggu'. 


Semalam semasa sedang mengerjakan umrah, Datuk Siti berkongsikan Instagram Live bersama peminatnya. Menerusi live tersebut, kelihatan air mata penyanyi itu gugur kerana masih berpeluang untuk dijemput sebagai tetamu Allah di sana.


Tambah Datuk Siti, apabila dia berada di sana, dia berada dirinya seperti sekecil-kecil manusia. Walaupun terlalu ramai umat Islam di Mekah, namun semua fokus kepada ibadah masing-masing. Semua berebut berdoa. 

Sumber: Instagram Datuk Siti Nurhaliza

Untuk umrah kali ini, Datuk Siti tidak ditemani oleh suami tercintanya tetapi ditemani oleh kakak iparnya iaitu  Datin Zaiton Mohd Jiwa dan pengurusnya iaitu Rozi Abdul Razak.

Ketika berada di hadapan Kaabah, Datuk Siti meminta peminatnya untuk sama-sama berdoa. Terharu betul dengan Datuk Siti, sanggup buat live semata-mata nak berikan peluang kepada semua untuk sama-sama berdoa. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 28-4-2022 11:23 AM
rindu nak jadi orang biasa?payah la sitot sebab awok tu da digelar penyanyi bernombor
Quote Kurex 28-4-2022 11:29 AM
Dalam beribadah, sempat kau buat content kan
Quote winky1 28-4-2022 12:50 PM
TT ada gaduh pasal ni .  I sokong terok kena hentam dgn fans grandmati ...tak kisahpun
Quote rainbowrainz 28-4-2022 01:01 PM
Sesungguhnya iols dlm berpuasa...sekian
Quote mendeluk 28-4-2022 01:04 PM
Baca statement takde sape ganggu, dia mcm lowkey geram ada org recorded dia dkt bank itu kan. Nasib baik tak nampak pin code masatu
Quote arffa 28-4-2022 01:15 PM
Edited by arffa at 28-4-2022 01:16 PM

kekadang manusia ni kurang bersyukur, dulu kta mengimpikan segala kemasyuran dan kekayaan, bila Allah dah kasi tetiba rasa nak jadi manusia biasa, dan berapa ramai manusia mengimpikan tempat beliau. boleh dah kot bersara dan low key kalau mengimpikan kehidupan yang privacy, duit pun dah kepok - kepok kan.
Quote watie79 28-4-2022 01:21 PM
hmmm..mohon lepas balik dari Mekah umumkan bersara dari dunia seni. Period.
Quote asamfish 28-4-2022 01:24 PM
Kurex replied at 28-4-2022 11:29 AM
Dalam beribadah, sempat kau buat content kan

Dalam pada kata rindu nak jadi org biasa, org tak kenal, tetapppppp jgk nak buat content khennnnn........koserrrrr
Quote Buritan 28-4-2022 01:42 PM
arffa replied at 28-4-2022 01:15 PM
kekadang manusia ni kurang bersyukur, dulu kta mengimpikan segala kemasyuran dan kekayaan, bila Alla ...

Yepp manusia mmg tak reti bersyukor.. aku pun sama jgk..
Quote krustykrab 28-4-2022 01:45 PM
Kurex replied at 28-4-2022 11:29 AM
Dalam beribadah, sempat kau buat content kan

Kan...
Patutlah umrah skrg ni dh jd mcm industri pelancongan
Quote ashilalat 28-4-2022 01:46 PM
Tambah Datuk Siti, apabila dia berada di sana, dia berada dirinya seperti sekecil-kecil manusia. Walaupun terlalu ramai umat Islam di Mekah, namun semua fokus kepada ibadah masing-masing. Semua berebut berdoa.

Ye ke semua berebut berdoa? Ada juga yg berebut main phone buat live, buat story
Quote Piramida 28-4-2022 01:49 PM
Patut Tok tie bawak beg karung biashe biashe je.. No branded stuff etc... Lagi dpt feel jd org biasa biasa.
Quote September14 28-4-2022 02:21 PM
Edited by September14 at 28-4-2022 02:22 PM

Nk jd org biasa tp glamour xnk kalah… nk jd yg terpaling…

Bsara je lah dr dunia hiburan duit dh bnyk x puas lg ke
Quote mizruncing 28-4-2022 03:37 PM
patut nyaa balik malaysia nanti bru la kau upload segala.. ni hurmm ntah laa. puasa
Quote nazrul90 28-4-2022 04:22 PM
tokti boleh je nak jadi orang biasa, stop menyanyi, focus business je. dalam 10 tahun lagi if tokti takmasuk TV, takmain ig, tiktok, orang dah lupakan siapa tokti.
Quote harisbee 28-4-2022 04:28 PM
content tu utk peminat dia kan....yg x minat dan anti perlu kah? pelik tol
aku yg peminat dia pun x belek ig dia...yg so called non anti ni..motip? x de keje eh?

Quote harisbee 28-4-2022 04:30 PM
mmg la sapa2 pun pergi mekah rasa gitu....tinggalkan dunia utk fokus pd akhirat....

bila kembali ke malaysia...fokus la dunia akhirat....

over je anti2 soh bersara....rasanya better korang bersara dr jd forumer sini...huhuhu
Quote alieyrina 28-4-2022 04:32 PM
Gambar mcm tak tally sgt dgn cerita
Quote dejure 28-4-2022 05:17 PM
Sepanjang dia ke mekah ni naik kapal business class,ddk hotel yg mahal yg dekat kaabah.nasib baik takde polis arab escort aje..tu pon tak bersyukur..

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.041057 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top