Pendakwah terkenal, Ebit Lew meluahkan rasa sebak sewaktu bertemu dengan sekumpulan remaja punk di Jakarta, Indonesia.
Menerusi hantaran di Instagram, Ebit Lew berkongsi bahawa di sebalik tatoo sekumpulan remaja punk itu terdapat kisah air mata yang dilalui oleh mereka. “Menangis bersama anak Punk jalanan di Jakarta. Lembut hati dan sopan anak-anak muda ini. Tak tahu bila lihat anak ini di jalanan dan melalui hidup ujian mereka . Disebalik tatoo mereka ada kisah air mata.” Tambahnya lagi, dia turut memberitahu dirinya telah berbelanja majlis berbuka puasa dan membelikan baju raya serta solat dan tazkirah bersama mereka.
|
Skuau replied at 27-4-2022 03:10 PM
'Punk is dead'.
FOTHER-MUCKER replied at 27-4-2022 01:53 AM
Ini vespaextreme. Mereka menaiki kenderaan seperti ini dari East Java ke Banda aceh lebih kurang 250 ...
ADVERTISEMENT