CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tertelan Mata Gerudi Masa Buat Rawatan Gigi- Risiko Paru-Paru Kena Buang

27-4-2022 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 822| Komen: 1

NEW YORK: Niat asal seorang lelaki yang ingin membuat pemeriksaan gigi bertukar mimpi ngeri apabila doktor memaklumkan mata gerudi berada di bahagian paru-parunya. 


Lapor Oddity Central, Tom Jozsi, 60, dari Illinois diberitahu bahagian logam yang tajam itu boleh menembusi ususnya sekiranya tidak dikeluarkan. 

Hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan dia tertelan mata gerudi tersebut ketika menjalani rawatan pergigian.   

Foto: ABC7

“Asalnya saya berjumpa doktor sebab nak tanam gigi, namun saya diberitahu tertelan alat logam itu. 


“Saya tidak pernah perasan alat itu masuk ke dalam badan. Saya cuma rasa batuk sahaja sebelum ini,” katanya. 

Jozsi mula kerisauan apabila diberitahu sekiranya alat itu masih berada di kawasan itu, sebahagian paru-parunya terpaksa dibuang.

Pakar pulmonologi berusaha membuang mata gerudi itu menggunakan prosedur biasa, tetapi alat itu berada terlalu jauh di dalam paru-parunya.

Dr. Abdul Hamid Alraiyes berkata, alat logam yang berada di dalam mulut itu menempatkan bakteria paling agresif dan berbahaya. 

Jelasnya, objek itu perlu dibuang secepat mungkin kerana ia mula menyebabkan Joszi mengalami batuk darah. 

“Kita putuskan untuk menjalankan pembedahan intensif dengan cara paling kreatif mengeluarkan mata gerudi itu menggunakan bronskopi robotik yang biasa digunakan untuk mengesan kanser paru-paru kecil. 

“Prosedur selama 90 minit itu berjalan seperti yang dirancang dan mata gerudi berjaya dikeluarkan,” katanya. 

Jozsi kini sudah pulih sepenuhnya dan dia menyimpan mata gerudi itu di atas rak di rumahnya sebagai memperingati peristiwa dia hampir kehilangan sebahagian paru-parunya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 27-4-2022 12:50 PM
pelik cemana boleh tertelan lepastu dia sendiri x perasan dia tertelan...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.077218 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top