CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Singgah R&R 30 Minit Saja Masa Raya

22-4-2022 12:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2020| Komen: 16

Tempoh berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) hanya dibenarkan selama 30 minit bagi setiap pengunjung yang pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri.  


Langkah itu dibuat bagi mengawal jumlah kenderaan yang memasuki kawasan R&R sekali gus mengelakkan kesesakan jalan. 


Gambar hiasan/Cintamobil.com

Pengarah Jasa Marga Semarang Batang, Prayudi memohon kepada semua pengguna lebuh raya memanfaatkan masa mereka sebaiknya. 

Katanya, ramai pengguna akan menggunakan lebuh raya semasa musim perayaan Aidilfitri nanti. 


“Laluan masuk ke kawasan itu akan menjadi sehala sahaja, jadi senang untuk kita bagi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil masa terlalu lama sebelum meneruskan perjalanan,” katanya lapor Kompas.com. 

Prayudi berkata, pihaknya juga akan menambah bilangan tandas di kawasan R&R bagi mengelakkan orang ramai beratur panjang.

“Kita akan tambah kapasiti 100 tandas jenis A dan 50 tandas jenis B,” katanya. 

Orang ramai dinasihatkan bersedia daripada segi mental, minyak kenderaan, kad elektronik tol dan bekalan makanan sepanjang melakukan perjalanan. 


Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 22-4-2022 02:09 AM
R&R negara seberang rupanya.
Quote Tinot7 22-4-2022 02:25 AM
Ingatkan mesia..
Quote FOTHER-MUCKER 22-4-2022 02:59 AM


Jika di barat pihak berkuasa nasihatkan sila  berhenti selepas memandu 4-5 jam dan berehat lebih kurang 45 minit  sebelum meneruskan perjalanan.
Quote jari10 22-4-2022 03:03 AM
Edited by jari10 at 22-4-2022 03:04 AM

forumcari.com.id
Quote stingeramdhan 22-4-2022 03:05 AM
jari10 replied at 22-4-2022 03:03 AM
Aku nk maki tt tapi kena sabar

Lepaskhen aja sedas...imsak(bermula posa) in few hrs time.....
Quote stingeramdhan 22-4-2022 03:06 AM
Tinot7 replied at 22-4-2022 02:25 AM
Ingatkan mesia..

Serumpun la bongoknya......I dont blame you
Quote Tinot7 22-4-2022 02:57 PM
stingeramdhan replied at 22-4-2022 03:06 AM
Serumpun la bongoknya......I dont blame you

Huh? Apa hang ni? Tiberr..
Quote mejaputih 22-4-2022 02:59 PM
apa ni TT...news dari seberang??
Quote Herlina 22-4-2022 03:05 PM
Nak balik Perak nanti...kalau 3-4 lane pun dah start jem..kat Slim River yg hanya 2 lane tu kena pasrah je la
Quote Artemesiaa 22-4-2022 03:09 PM
Tak ada masaalah buat mereka sangat sebab banyak je tempat lain mereka boleh singgah selain kawasan RnR yang disediakan
Quote Simunggu 22-4-2022 03:50 PM
di sabah dari kk turun tawau boleh singgah di bulan...
Quote putericahaya999 23-4-2022 06:45 AM
Kalaumengantuk dalam perjalanan nak tido mana
Quote n3ar 23-4-2022 07:19 AM
Macam bodo duk kutip berita indon yg takde kaitan dgn malaysia..

Mod mana? Ban jer puak2 start threads berita seberang ni
Quote Decaffeinated 23-4-2022 08:28 AM
punyalah gigih nak petik siap guna terms 'RnR' dan 'tandas'. Motif?



Quote wirazam 23-4-2022 11:35 AM
Pelik pelik la negara seberang ni...
Quote wirazam 23-4-2022 11:36 AM
TT pun..dah tak reti ke nak klik kategori tempatan atau luarnegara sblm nak post

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.112153 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top