Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberi amaran bahawa pesaingnya, nasionalis sayap kanan, Marine Le Pen berisiko mencetuskan 'perang saudara' jika beliau dipilih dan melaksanakan rancangannya untuk mengharamkan pemakaian tudung dalam kalangan wanita Islam.
Semasa debat Presiden yang disiarkan di televisyen pada Rabu, Len Pen, 53, mengesahkan bahawa beliau tetap dengan cadangan kontroversinya untuk mengharamkan tudung. Len Pen sebelum ini menganggap tudung adalah sebahagian daripada seragam yang dikenakan kelompok Islam, namun pada masa menegaskan beliau tidak menentang Islam atau komuniti Muslim di Perancis.
"Anda akan menyebabkan perang saudara jika berbuat demikian (mengharamkan tudung). Saya katakan ini dengan ikhlas. "Lagi pun, berapa ramai anggota polis yang anda cadangkan untuk mengejar individu memakai tudung, kippa atau simbol agama lain? "Cadangan anda tidak masuk akal," ujar Macron. Sementara itu, Le Pen berkata, larangan tersebut yang merupakan sebahagian daripada manifesto pilihan rayanya sengaja disensasikan media. Media tempatan seperti dipetik AFP melaporkan bahawa larangan dan jaminan saman terhadap wanita bertudung telah membantu Le Pen mengakhiri jurang sokongan antara beliau dan Macron yang sebelum ini mendahului dalam tinjauan pendapat. "Larangan itu bertujuan memerangi kebangkitan kumpulan radikal Islam. "Saya berpendapat kita perlu memperkenalkan undang-undang menentang ideologi Islam yang menjejaskan asas republik, sekularisme dan demokrasi kita," katanya. Le Pen berkata, larangan memakai tudung di semua tempat awam akan dikuatkuasakan oleh polis dengan cara yang sama seperti memakai tali pinggang keledar di dalam kereta. Katanya lagi, akan menggunakan pungutan suara bagi mengelak cadangan tersebut disifatkan bertentangan dengan dasar Perlembagaan negara yang tidak menyokong diskriminasi dan pelanggaran kebebasan peribadi. Undang-undang semasa Perancis melarang peletakan simbol agama yang jelas di sekolah manakala pemakaian penutup muka penuh di khalayak ramai dibenarkan atas dasar ia terpakai kepada semua rakyat dan dalam tetapan tertentu. Macron dan Le Pen akan 'berentap' semula dalam pusingan kedua Pilihan Raya Presiden pada 24 April ini. Pada pusingan pertama, kedua-duanya meraih undi terbanyak dengan Macron mendapat 28.2 peratus undi, manakala 23.4 peratus undi berpihak kepada Le Pen. Sumber: Sinar Harian
|
angelofish: negara yang penah di tindas ge ...
bahawa larangan dan jaminan saman terhadap wanita bertudung telah membantu Le Pen mengakhiri jurang sokongan antara beliau dan Macron
angelofish replied at 21-4-2022 09:38 AM
negara yang penah di tindas gereja kristian zaman kegelapan.menjadi trauma dengan mana mana agama... ...
Dwdrum replied at 22-4-2022 10:31 PM
Contoh zaman gelap di 21st century paling sesuai afghanistan versi Islam... Ramai lari tidak cukup ...
pyropura replied at 22-4-2022 02:59 PM
Tengok je bila lobai Pas jadi gomen, tunggang langgang semua. Contoh kes Adib je cukup
mbhcsf replied at 23-4-2022 07:25 AM
"Saya berpendapat kita perlu memperkenalkan undang-undang menentang ideologi Islam yang menjejaskan ...
axl_bach replied at 23-4-2022 08:15 AM
Sbb dorg junjung La cite la madam oiiiii.... Org x anti Islam, dorg anti penzahiran semua agama d ...
mbhcsf replied at 23-4-2022 12:30 PM
secularism. sejarah depa tentang agama . Ia bukan masalah kita pun. Ia masalah depa yg ada pengal ...
axl_bach replied at 23-4-2022 12:59 PM
Lah, td komen kata minah French ni bkabur sejarah. Padahal dia lebih faham sejarah negara dia se ...
mbhcsf replied at 23-4-2022 03:34 PM
saya maksudkan memang dia kabur sejarah ketamadunan barat tu sendiri , asas peradaban barat tu dar ...
ADVERTISEMENT