Seorang penoreh getah dihukum penjara 20 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan mencabul anak perempuannya sekitar Julai tahun lalu dan awal bulan ini.
Tertuduh berusia 36 tahun dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut kesemua pertuduhan, lelaki itu mencabul anaknya sejak mangsa berusia 13 tahun 11 bulan sehingga 14 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kuala Krai pada pukul 1.30 hingga 2.30 pagi pada awal Julai tahun lalu, serta pada 2 April, 7 April dan 8 April lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Aka Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama bersama Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Abu Arsalnaa memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan masyarakat. Tertuduh dalam rayuannya pula memohon hukuman bagi keempat-empat pertuduhan yang bakal dihadapinya berjalan secara serentak. “Saya merayu jasa baik mahkamah untuk meringankan hukuman kerana saya mempunyai isteri dan enam orang anak yang kesemua mereka ini berada di bawah jagaan dan tanggungan saya,” katanya. Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan bagi keempat-empat pertuduhan itu. – CARI Sumber: Utusan Online
|
manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Decaffeinated replied at 21-4-2022 05:41 PM
peguam pun dah takut makan hasil melacur
gideoncross replied at 21-4-2022 10:47 PM
Asal kes cmni, msti mlibatkn golongan bawahan, pelik.
takayama replied at 22-4-2022 03:57 AM
perlu ke nk blurkan muka OKT tu, dia bukan bawah umur pun
tunjuk ajelah muka dia
jalfa replied at 22-4-2022 11:46 AM
Golongan atasan duit banyak..x de hal mak hayam ramai
ADVERTISEMENT