Seorang wanita terkejut selepas melihat anaknya yang berusia 12 tahun keluar dari surau sambil memegang seluar.
Kanak-kanak tersebut dipercayai menjadi mangsa kegiatan ‘tidak senonoh’ selepas waktu solat Tarawih dalam kejadian yang berlaku di Situbondo, Jawa Timur, Indonesia itu. Tribun News melaporkan mangsa, FN merupakan pelajar sekolah rendah, didakwa dinodai oleh jirannya sendiri, R, 72, yang tinggal di Daerah Kendit, Situbondo. Kejadian tidak senonoh itu berlaku apabila mangsa dan bapanya bersama-sama menunaikan solat Isyak dan Tarawih di sebuah surau.
Difahamkan elepas tadarus, bapa kepada mangsa pulang ke rumah dan isterinya sempat bertanyakan mengenai anak mereka yang masih tidak pulang. Bagi mengesahkan keberadaan anaknya, si ibu bertindak ke surau tempat anaknya menunaikan solat Tarawih dan tadarus. Namun ketika sampai di hadapan surau, wanita ini bertindak memanggil anaknya dan alangkah terkejutnya dia melihat kanak-kanak ini membetulkan seluarnya. Curiga dengan apa yang terjadi, wanita ini bertindak bertanyakan kepada anaknya apa yang telah terjadi. Mangsa tampil menceritakan dia telah diganggu oleh seorang warga emas sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Situbondo. Mangsa dilaporkan selamat dan menjalani pemeriksaan. -CARI Sumber: Tribun News
|
Samerosie: Jab jab jab, yg bapak nye selamba balik sorang2 tinggal kan anak. Bebal.Sekarang ni tak boleh lepa anak2 bawah umur ni, kalau tak dia main beskal laj ...
tumpanglalu74 replied at 21-4-2022 03:35 PM
Boley tak kalo nak buboh berite suku-sakat si Friska sile letak #Indonesia.
tumpanglalu74 replied at 21-4-2022 03:35 PM
Boley tak kalo nak buboh berite suku-sakat si Friska sile letak #Indonesia.
ADVERTISEMENT