CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Curang Dengan Lelaki Sekampung, Suami Bawa 15 Lelaki Belasah Isteri Sendiri

21-4-2022 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1412| Komen: 3

Seorang wanita dibelasah suaminya dan 15 lelaki lain kerana dituduh berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit.

Dalam kejadian di perkampungan Madhya Krishnapur di Bengal Barat, India, wanita itu tidak sedarkan diri selepas cedera dipukul kumpulan lelaki berkenaan.

Ketika kejadian, dia dipukul secara terbuka dan turut disuruh berkahwin dengan kekasih gelapnya.

Foto: Daily Star

Kejadian itu berlaku pada malam 16 April lalu, ujar polis tempatan.

"Kami akan menghantar satu pasukan menemui mangsa untuk mengetahui kejadian sebenar.


"Polis belum menerima sebarang aduan bertulis lagi, tetapi akan ada siasatan berhubung dakwaan kejadian itu," ujar pegawai polis, Sonacharan Jamatia kepada agensi berita Press Trust of India.

Difahamkan, suami wanita itu mengetuai sekumpulan 15 lelaki ke sawah sambil menuduh mangsa mempunyai hubungan luar nikah dan mula membelasahnya sehingga dia tidak sedarkan diri.

Lelaki itu dilaporkan mengaku kepada media tempatan bahawa dia dan ahli keluarganya membelasah mangsa kerana didakwa mempunyai hubungan dengan lelaki lain, yang berasal dari kampung yang sama dengan mereka.

"Selepas kejadian itu, saya membawanya ke hospital Teliamura untuk rawatan dan saya bermalam di sana. Polis melawat kediaman saya," ujar suami wanita itu,

Dalam pada itu, Pengerusi Barnali Goswami dari Suruhanjaya Tripura untuk Wanita (TCW) peringkat negeri turut mengecam insiden yang berlaku itu. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-4-2022 04:50 PM
boleh bayang scene tumbuk2 macam dalam filem tamil
Quote batmana 21-4-2022 05:01 PM
Apa bini dia bsr mcm dinasour ke smpai 15 org dipanggil?
Quote Artemesiaa 21-4-2022 05:46 PM
Dah agak dah kalau jenis panggil geng mesti kes di India

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.041493 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top