CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peguam Tiada Kuasa Tentukan Siapa Salah - Respons Menteri Kepada MAZA

21-4-2022 04:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2560| Komen: 26

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi peringatan, seseorang itu “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” sebagai respons kepada kenyataan mufti Perlis, “berdosa” bagi peguam membela mereka yang diketahui melakukan jenayah.


Wan Junaidi berkata, peguam tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.

“Hanya hakim mempunyai kuasa mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis semalam.


Kredit foto: FMT/IG MAZA

Semalam, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menjawab pertanyaan beberapa peguam mengenai kerjaya mereka, kadangkala membela atau mempertahankan kes yang mereka tahu berada di pihak salah atau zalim.


Mufti itu berkata, Islam melarang mereka melindungi pesalah atau pendosa, sambil menambah adalah berdosa dan haram bagi mereka menerima bayaran perkhidmatan daripada pesalah.

Beliau menegaskan dosa wang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pelacuran.

Asri menggesa peguam menilai kes mereka sebelum menerimanya.

Wan Junaidi menolak kenyataan Asri dan berkata, jika menerima bayaran dan yuran guaman adalah berdosa, maka tidak ada orang Islam yang mahu menjadi peguam.

Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata, kementerian mencadangan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 atau Akta 347, dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai.

Pindaan dicadangkan itu adalah sebahagian daripada agenda reformasi yang bertujuan memperkukuh kuasa Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi di negara ini.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 21-4-2022 06:01 AM
Wpun aku tak suke maza tp kali ni aku sokong maza
Quote lemak_masin 21-4-2022 06:21 AM
Betuilaa.. kan maza kata kalau peguam tu mmg sedari awal tahu anak guam dia salah.. mmg la takleh ambik kes tu sebab dikira bersubahat nak  bela pesalah.
Quote harizs 21-4-2022 07:03 AM
peguam wlpn tahu anak guamnya bersalah tetap akan berusaha untuk memastikan client nya lepas melalui kesilapan teknikal, contohnya kes tangkap basah mat sabu
Quote kitmal 21-4-2022 07:07 AM
Nampak sangat pilih bulu..kes najib dan zahid tahu pun diam........atau yang tu tak berdosa
Quote VioletsAre_Blue 21-4-2022 08:33 AM
Betul lah apa maza cakap tu
Quote babelina 21-4-2022 09:56 AM
klau dh taw mmg salah.. tp ko bela juga.. mmg bersubahat la tu.,. ko bela sebab apa.. sebab duit kn..
Quote stingeramdhan 21-4-2022 12:02 PM
Buritan replied at 21-4-2022 06:01 AM
Wpun aku tak suke maza tp kali ni aku sokong maza

Nabi didatangi seorang penzina yg ngaku dirinya telah melakukheun zina.....nabi menyuruhnya pulang...3 kali penzina ini berulang ngaku dan setiap kali iteww juga nabi menyuruh dia pulang kerumahnya......now kalau hadith ini betul sahih dan kita mengambil dari konteks yg disebut oleh Maza....that makes nabi kita golongan apa?

NAUZUBILLAH.....
Quote supernaturalee 21-4-2022 12:16 PM
dh tu nk bg lawyer bkn islam yg bela ke?
itu jam, korg jgk yg gelupur

dh mmg kerjaya die peguam utk bela client
whatever salah ape sekalipun
kdg mmg dh tau, clear case salah dgn pembuktian yg super kokoh
tgl lg 1 tugas die yg sgt penting utk pastikan seringan2 hukuman kpd client/pesalah td
maybe pd kita2 seberat2 hukuman lh selayaknya cash kena
tp tugas die jgk selain bela adlh utk pastikan hukuman plg ringan yg mahkamah blh bg

afterall kt sana kita pun tak tau ape yg akn jd kt org yg btl2 salah dgn org yg mendapat salah penjurian
for sure semua akn dpt bhgn masing2
Quote Orix 21-4-2022 01:33 PM
alamak ko dah mcm tuhan pulak tahu org tu bersalah ke tidak. pui
Quote Artemesiaa 21-4-2022 01:36 PM
Dah bidang kerjanya macam tu kalau tak sanggup usah jadi peguam
Quote tumpanglalu74 21-4-2022 02:38 PM
Edited by tumpanglalu74 at 21-4-2022 02:40 PM

Engko tu bidang undang2.  Siked2 hakim..  Dia ulamak.  Dia nak tegor je..  Ko panas apasal??
Quote Skuau 21-4-2022 02:54 PM
Edited by Skuau at 21-4-2022 02:55 PM

kita pakai undang2 china(dedulu) la....'seseorang tu didapati bersalah...sehinggalah dia dapat membuktikan dia tak bersalah'...
Quote Skuau 21-4-2022 03:07 PM
apabila...undang2 & praktiknya...drp acuan barat...tetapi dilihat dpr perspekif Islam.Benda ni kena 'diselesaikan' oleh pakar undang2 dan agama dlm konteks Malaysia kita...
Quote FOTHER-MUCKER 21-4-2022 03:53 PM
Bukanke di dalam ajaran islam seseorang itu mesti di hakimi sebelum di jatuhi hukumam?

Ini mopt lupaka ajaran selam?
Quote Decaffeinated 21-4-2022 03:56 PM
Agaknya bagi dia 'perbicaraan' sudah berjalan di luar mahkamah lagi macam dalam medsos netizen pun dah jatuhkan hukum. Jadi lawyer pun dah tau siapa betul siapa salah why nak bicara lagi. Tutup terus mahkamah pun bagus kot.



Quote Simunggu 21-4-2022 04:11 PM
betul...DSN belum bersalah org dah cakap bersalah...
Quote stingeramdhan 21-4-2022 04:28 PM
Decaffeinated replied at 21-4-2022 03:56 PM
Agaknya bagi dia 'perbicaraan' sudah berjalan di luar mahkamah lagi macam dalam medsos netizen pun d ...

Mungkin dari sudut yg lain pandangannya Iteww berdasarkheun pada mereka yg dah mengaku bersalah pada peg yam yg dilantik cuma mahu kheun khidmat dari sudut membuat presentation dari sudut getting the minimum punishment? Perhaps?
Quote SepupuBen10 21-4-2022 04:32 PM
Decaffeinated replied at 21-4-2022 03:56 PM
Agaknya bagi dia 'perbicaraan' sudah berjalan di luar mahkamah lagi macam dalam medsos netizen pun d ...

kan, loyer da decide da siapa pegang pisau berdarah misalnya..diala yg bunuh.

so loyer islam tak boleh la nak bela org yg NAMPAK CLEAR bersalah ni kan kan kan

biar netizen decide siap siap
Quote TuntungReturn 21-4-2022 04:34 PM
seseorang bersalah atau tak dia kena ada peguam. bicara dlu. kalau bersalah jatuh hukum,peguam bleh merayu kurangkan hukuman.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.046082 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top