Selepas enam hari bersembunyi, suspek kes tetak empat beranak di Kampung Sedili Kecil, di Kota Tinggi minggu lalu akhirnya berjaya diberkas di Kulai pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, hasil saringan air kencing mendapati suspek berumur 38 tahun itu turut positif dadah. “Bertindak atas maklumat pada pukul 11.50 pagi, suspek yang merupakan seorang lelaki Melayu berumur 38 tahun telah berjaya dikesan di Jalan Persiaran Indahpura 4 sebelum ditangkap. “Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamin dalam saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, susulan itu suspek akan direman di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 April di Mahkamah Majistret Kota Tinggi. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
musangbodoh replied at 21-4-2022 05:41 AM
bukan 302 kk ke pttnye
ADVERTISEMENT