Di sebalik kemeriahan persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri, tular satu video memaparkan lambakan kotak kasut kanak-kanak bertaburan di lantai sebuah pusat beli-belah, dipercayai disepahkan oleh pelanggan.
Menurut pemilik video, Bella Shariman, 31, kejadian itu dirakam di sebuah pusat beli-belah di Nilai, Negeri Sembilan pada Selasa petang. "Saya merupakan salah seorang pelanggan yang ada di situ. Kejadian berlaku di bahagian kasut dan selipar kanak-kanak, dalam pukul 5 petang. "Sebenarnya saya nak beli kasut raya untuk anak, tapi saya batalkan niat kerana tengok kasut yang bersepah terkeluar daripada kotak. Saya rasa ada orang tarik-tarik keluar kasut sampai bersepah.
"Promoter ada, tapi mereka pun sibuk layan pelanggan yang ramai. Mungkin ada pelanggan yang tak sabar sampai jadi macam tu. Sedih dan terkilan apabila tengok kotak-kotak kasut tu bersepah. Malu kalau orang luar tengok," ujarnya. Menurut penyelia landskap yang menetap di Dengkil, Selangor itu, dia berkongsi video kejadian tersebut untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai adab sebagai pelanggan. Tambah Bella yang juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia empat tahun, ada dalam kalangan pekerja pusta beli-belah turut meninggalkan komen di TikTok miliknya, berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui sebelum ini. "Saya terkejut posting video itu viral. Saya cuma nak kongsi apa yang berlaku. Saya pun boleh faham apa yang dirasai promoter itu, saya sendiri pernah kerja sebagai promoter selepas tamat sekolah dulu. "Bila video tu viral, saya harap orang ramai beringat sebelum buat sesuatu, takut wajah mereka dirakam dalam video begitu, mestilah malu. Orang lain pun nak beraya juga, janganlah buat macam tu. "Kalau pergi pusat beli-belah, kita kenalah sabar... tambahan musim perayaan macam ni. Kena jaga adab kita sebagai pelanggan," ujarnya yang bekerja di Putrajaya. Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa geram terhadap pelanggan yang bertindak sedemikian dan berharap ia tidak berulang lagi pada masa akan datang. Sumber: mStar
|
Nnoor2 replied at 21-4-2022 06:45 AM
Ala mengada2 la....x laku sb pkp bising...dah laku mcm ni pun bising...bersyukurla ramai org beli... ...
pearl.silver replied at 21-4-2022 06:53 AM
Xkira la kaka laku ke tak
Tp adab sebagai seorang manusia tu
Patut ke sepahkn kotak2 tu..
freesia71 replied at 20-4-2022 10:19 PM
Si tiktoker ni nak kata lelaki baju hijau tu ke yang sepahkan.? Maybe bukan dia yg buat. Tak namoak ...
pearl.silver replied at 21-4-2022 06:53 AM
Xkira la kaka laku ke tak
Tp adab sebagai seorang manusia tu
Patut ke sepahkn kotak2 tu..
ADVERTISEMENT