Tindakan seorang YouTuber melakukan ‘prank’ dengan memegang tangan wanita lain seolah-oleh tidak menyedari perbuatan tersebut telah mendapat kecaman hebat dari orang ramai.
Menerusi perkongsian @Izuanrazali di media sosial, kandungan terbarunya sekali lagi menjadi bahan bualan ramai apabila dia dengan selamba menarik tangan seorang wanita yang ketika itu sedang berjalan bersama suaminya. Dalam rakaman tersebut, dapat dilihat timbul kekecohan apabila si suami menyedari tangan isterinya ditarik oleh lelaki lain dan menyebabkannya hampir menumbuk lelaki terbabit.
“Kau kenapa, kau perempuan sendiri pun salah,” marah si suami. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat beli-belah. Apa yang membuatkan ramai bengang adalah Izuan seperti tidak berasa bersalah akan perbuatannya itu dan terus berlalu pergi meninggalkan pasangan berkenaan sambil meneruskan jalan bersama seorang wanita lain. Sehubungan itu, Izuan turut menulis kapsyen videonya dengan mengatakan ia hanyalah sebuah ‘prank’ terbarunya. “New prank (prank terbaru),” tulisnya kemarin. Menjengah ke ruangan komen, orang ramai seperti meluat dengan kandungan yang dihasilkannya semata-mata ingin mendapatkan ‘rating’ tinggi. Rata-rata daripada pengguna media sosial menganggap videonya sebagai ‘konten sampah’ dan bersifat murahan. Sementara itu, ada pengguna meluahkan rasa geram serta menegaskan jika hal itu terjadi kepada pasangan mereka, sudah pasti lelaki tersebut dibelasah secukupnya. “Murahan, kalau jadi pada bini aku, memang teruk kena belasah mamat (lelaki) ini, macam-macam hal kau nak buat,” luah Mohd. Yus. “Jangan sampai orang buat laporan, pegang orang tak kena tempat,” tulis Pulau Mutiara. “Mujur suami dia tak bagi lagi, baru angkat tangan, kalau aku terus bagi apa patut, baru tahu beza buat konten dan hormat orang lain,” ujar Kamarul. – CARI Sumber: Kosmo
|
R2D2 replied at 20-4-2022 01:10 PM
demi content
demi raih jumlah view
demi kumpul new followers
nononcrux replied at 20-4-2022 01:26 PM
dapat income eh
ADVERTISEMENT