Peguam tidak seharusnya berkongsi butiran prosiding mahkamah di media sosial kerana tindakan itu melanggar etika profesional, menurut peguam Haniff Khatri Abdulla.
Beliau berkata, peguam yang memuat naik butiran itu di media sosial mungkin tidak memberikan gambaran penuh mengenai kes yang dibicarakan, menyebabkan timbul salah faham dalam kalangan warganet. “Kita tidak melakukan perbicaraan (mahkamah) di media sosial. Apabila kita (peguam) berbuat demikian, kita tidak boleh menyalahkan warganet atau orang biasa kerana membuat komen keterlaluan terhadap kes mahkamah. Ini kerana peguam itu sendiri yang menggalakkan mereka berbuat demikian,” katanya. Beliau mengulas laporan polis yang dibuat terhadap salah seorang peguam mewakili pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabaikan dan menganiaya remaja sindrom Down. Laporan itu dibuat terhadap peguam Hafidzah Hassan kerana didakwa memuat naik hantaran maklumat dan butiran pemeriksaan balas di Twitter yang melibatkan Yasmin Nahar Mahmood iaitu salah seorang saksi dalam kes mahkamah yang sedang berjalan. Bercakap di forum secara maya malam tadi, Haniff berkata, beliau sentiasa menolak untuk mengulas mengenai kes yang dikendalikannya ketika menyertai ceramah. Mengenai warganet yang membuat komen mengenai keputusan mahkamah, Haniff berkata, walaupun perlembagaan membenarkan kebebasan bersuara, namun mereka mesti mengambil kira sekatan undang-undang yang ditetapkan. Beliau berkata, warganet akan membuat penilaian sendiri mengenai keputusan mahkamah berdasarkan liputan media terhadap kes dan media sosial. Menurutnya, liputan media mungkin terdapat kesilapan dan kes itu mungkin tidak dijelaskan dengan betul terutamanya mengenai siasatan yang dijalankan. Beliau mengulas perkara itu susulan kemarahan yang dilontarkan warganet selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 terhadap kerani Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 2017. Peguam itu berkata, warganet yang mengkritik keputusan berkenaan mungkin dianggap menghina mahkamah. Beliau juga mengkritik warganet yang mengatakan hakim membuat keputusan salah. “Bagaimana kamu boleh tahu (hakim itu salah)? Adakah kamu tahu fakta kes itu?”. Mengulas petisyen yang dilancarkan baru-baru ini bagi menggesa hukuman penjara Sam dibatalkan, beliau berkata, tiada sekatan undang-undang yang menghalang orang ramai daripada memfailkan petisyen. “Tetapi adakah petisyen yang dibuat untuk Sam Ke Ting itu disampaikan dengan pemahaman undang-undang yang tepat? Saya meraguinya. Ramai yang menandatangani petisyen itu seolah-olah berpendapat isu terbabit adalah berkenaan remaja bermain ‘basikal lajak’ di lebuh raya. “Jika itulah cara orang memahami isu apabila mereka menandatangani petisyen, maka petisyen itu mempunyai asas yang rapuh,” tambahnya. Katanya, petisyen tidak akan memainkan peranan dalam menentukan keputusan mana-mana kes kerana hakim hanya akan membuat keputusan berdasarkan keterangan yang diberikan di mahkamah. Sumber: FMT
|
Pak.dolla replied at 20-4-2022 05:59 AM
Org yg ada phd, master bagai dlm law ni yg membela org salah depa ghase sijil depa tu bole praktik d ...
Themilo: Edited by Themilo at 20-4-2022 07:49 AM peguam ni bukan menipu bang, dia cuma mencari kelemahan yang boleh dieksploitasi seterusnya mencetuskan ker ...
Pak.dolla replied at 20-4-2022 01:59 PM
Org yg ada phd, master bagai dlm law ni yg membela org salah depa ghase sijil depa tu bole praktik d ...
ADVERTISEMENT