Seramai empat peguam pemerhati (watching brief) yang dilantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi mengikuti perbicaraan kes Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.
Mereka ialah Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd. Radzi Yatiman. Ahad lalu, Kosmo! Online melaporkan Tunku Ismail bersedia menawarkan perkhidmatan peguam-peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) berhubung kes penderaan Bella. Tunku Ismail menerusi kenyataan di Facebooknya memaklumkan akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung perkara itu.
Tunku Ismail memberitahu, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan atau awam dan peguam bela yang dilantik untuk mewakili orang kena tuduh (OKT). Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – CARI Sumber: Kosmo
|
black_handbag: sitibenon ni zaman2 puteri ham ...
nononcrux replied at 20-4-2022 01:28 PM
bukti dah ade tapi belum cukup.. lambert btl la harap hukuman penjara sumur hidup menanti mu
AbukRokok replied at 20-4-2022 01:42 PM
bukti belum ckup maknanya xckup bukti tapi netizen dah cop sirim bersalah
nononcrux replied at 20-4-2022 01:44 PM
harap sgt la dia ni terbukti bersalah.. ape bende ntah yg lambat sgt process pengadilan ni..sakit ...
black_handbag replied at 20-4-2022 12:35 PM
sitibenon ni zaman2 puteri hamno dulu kurus sikit dari ni. kurus banyakla walaupun masih kategori ob ...
ADVERTISEMENT