CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ini Version Made In Kedah,"-Chef Ammar Bengang Peniaga Tiru Jual Nasi Arab

20-4-2022 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6560| Komen: 61

Menjelang Ramadan kali ini, perniagaan nasi arab Cef Ammar yang popular di Shah Alam telah mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pembeli.

Namun, timbul satu isu baru-baru ini apabila seorang peniaga di Kedah dengan beraninya menggunakan nama Cef Ammar bagi menarik perhatian pelanggannya.



“Ini versi Cef Ammar diperbuat dari Kedah.

“RM11 sahaja satu bungkus, siapa-siapa teringin boleh datang cuba dekat sini,” katanya.

Perkongsian video oleh @alice_amoi di media sosial telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya mengecam tindakannya itu serta menyifatkan ia seperti pemasaran ‘murahan’ yang dibuat demi keuntungan sendiri.


“Ambil kesempatan perniaga macam ini, mentang-mentang nasi arab Cef Ammar tengah popular, dikatakan jual nasi arab Cef Ammar juga, boleh sabit kesalahan jika guna nama orang lain sebagai ‘brand’,” komen seorang pengguna.



Lebih menarik perhatian ramai, apabila empunya perniagaan, Cef Ammar tampil meninggalkan komen pada video tersebut dan menegur agar peniaga berkenaan berhenti mengelirukan pelanggan dengan menggunakan namanya.

“Ini bukan makanan Cef Ammar, tolong jangan guna nama saya, terima kasih,” tulisnya.

Sehubungan itu, selepas tular komen berkenaan, difahamkan pemilik akaun telah bertindak memadam teguran tersebut, tetapi ia sempat disimpan oleh orang ramai yang membacanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote n3ar 20-4-2022 02:02 PM
Mana tau owner pun nama ammar? Ha3...

Kalau betul, g daftar ler kt myipo IP nasi arab chef ammar tu.. Klo org tiru saman je
Quote nuril86 20-4-2022 02:15 PM
amboi...sombongnye semenjak viral....
Quote prince_marhaen 20-4-2022 02:28 PM
oklah, nasib baik dia tak letak nama chef ammar drama king....haaaaa ek elehhh
Quote pearl.silver 20-4-2022 02:33 PM
Org meniaga nasi mcm ni dah kira btul2 x cost depa.. nasi beras basmati, ayam 1/4, rempah2 lg, saffron lg.. telur ayam pun dah mahal.
Quote snowflakes 20-4-2022 02:35 PM
Kedah kat mana?
Quote adeqbun 20-4-2022 02:48 PM
Dh tu ns arab lain x sama ke ngan ns chef ammar ni .ke mmg die ciota resepi exclusive..kalau x dipatternkan spstu org tiru2,die xleh nak meroyan sgt..umpama gerai laksa yg pelbagai jenis dan pelbagai rs je la .
Quote saviour_09 20-4-2022 02:55 PM
ko sorang nama amar?

gigih netijen from hell hamun aku kalo aku usik si chef amar ni kat pesbuk

padahal diri sendiri dibodoh2kan sajork
Quote Artemesiaa 20-4-2022 03:29 PM
Dah terbiasa jadi ramai rasa tak salah buat macam tu.  Apa pun lagi baik guna jenama sendiri tak perlu tumpang popular orang lain.  Kalau benar sedap pasti ada ramai pelanggan.
Quote zorrro_03 20-4-2022 03:30 PM
nuril86 replied at 20-4-2022 02:15 PM
amboi...sombongnye semenjak viral....

BUKAN gitu.  saya rasa penjual ni tidak sepatutnya mengelirukan orang ramai.  
Quote nur_firdaus 20-4-2022 03:38 PM
masalahnya yg bagi gelaran chef ammar kedah tu bukan peniaga tu kan..org tiktok ni yg bagi...
Quote shernazz 20-4-2022 03:47 PM
Kang nnt apa apa yg tak elok..chef ammar yang kena..haha
Quote anakkerengga 20-4-2022 03:51 PM
Tak elok lah guna nama chef ammar… dah sah2 rs lain… tak jujur disitu… gunalah nama sendiri
Quote becir 20-4-2022 06:14 PM
Meluatnya ngan Palestinian sekor ni..sehari takde thread dia tak sah!

Quote tumpanglalu74 20-4-2022 06:23 PM
Ye la.  Ongkedah ko ingat nak turon-naik hiway ke beli nasik sangkak hang??  Kasi chan la.  Depe pon ade tekak gak..
Quote depresio 20-4-2022 06:38 PM
Mmg boleh kelirukn org ramai
Kenapa tulis mcm tu
Quote depresio 20-4-2022 06:39 PM
nur_firdaus replied at 20-4-2022 03:38 PM
masalahnya yg bagi gelaran chef ammar kedah tu bukan peniaga tu kan..org tiktok ni yg bagi...

Chef tu tegur tiktokers tula
Quote depresio 20-4-2022 06:40 PM
shernazz replied at 20-4-2022 03:47 PM
Kang nnt apa apa yg tak elok..chef ammar yang kena..haha

Betul
Musim viral skrg ni
Quote depresio 20-4-2022 06:42 PM
Tajuk wartawan ni pon fitnah. Dua tegur pasal kaitkan dgn dia.

Dalam meniaga ni nama/jenama syarikat  kita  kena jg
Nanti xsedap ke ada apa ke org kaitkn dgn kita..
Dia tegur sbb kaitkn dgn nama dia
Quote cheezel 20-4-2022 07:40 PM
Bodonya yg bekap nasi kedah ni. Dah sah2 la dia guna nama chef tu. Mestila dia marah

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039422 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top