Lelaki berusia 61 tahun yang juga penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu, kelmarin.
Harian Metro melaporkan, mangsa merupakan anak rakannya. Dia ditahan ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu. Difahamkan, kejadian berlaku pada Mac lalu ketika mangsa, 5, mengikuti keluarganya menyertai program diadakan suspek di rumah bot berkenaan.
Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan. "Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut. "Suspek direman selama dua hari sehingga esok (20 April) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman. - CARI
|
kakikuDibibirmu replied at 19-4-2022 11:04 PM
Ini musti sumpahang ikang tongkol asdang ganu darul runtuh memang kepelekkang tangpa batasang, ustak ...
tikusmontok replied at 20-4-2022 05:48 AM
Baca senapas...pitam
takayama replied at 20-4-2022 09:00 AM
penceramah mana plk tu
eloklah tote mangkuk ni dijolok dan bg tebuan sengat
syamzana replied at 19-4-2022 11:05 PM
paedo alim ulamak mana plak terlepas neh
ADVERTISEMENT