CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis Kahwin Dipuji Paling Zuhud- Baju Biasa, Tiada Pelamin, Jalan Atas Tikar Getah Je

20-4-2022 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5490| Komen: 59

Definisi ikatan sesebuah perkahwinan ialah penyatuan dua hati yang saling menyintai di mana ia disatukan mengikut adat dan hukum agama masing-masing.

Dalam konteks ini, setiap individu berhak untuk meraikan perkahwinan mereka mengikut kemampuan dan bajet masing-masing tanpa perlu mengikut trend hingga menghabiskan puluhan ribu ringgit semata-mata mahu terlihat mewah.

Berbeza dengan sepasang pengantin baharu yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, penganjuran majlis resepsi secara ringkas menjadi pilihan mereka hingga mendapat pujian daripada netizen.


Foto: Tiktok

Menerusi video TikTok milik Madir97, pasangan pengantin itu yang merupakan anak saudaranya dilihat tampil ringkas ketika majlis perkahwinan mereka apabila mengenakan sepasang baju kurung dan baju melayu tanpa perincian melampau.

Malah, pasangan mempelai itu juga hanya berjalan di atas tikar getah sahaja selain duduk bersila tanpa sebarang binaan pelamin seperti dilakukan oleh rata-rata pengantin baru.

Majlis perkahwinan serba ringkas itu bagaimanapun berjaya mencuri hati netizen selepas ramai memujinya dengan menyifatkan sebagai tidak membazir dan menjimatkan kos.

“Mudah dan ringkas, janji halal, semoga kekal hingga ke syurga,” doa Faiz.

“Majlis ringkas, lepas itu makan pula makanan kampung, rindunya zaman di kampung,” jelas Dolla.

“Ini sepatutnya, buat ringkas-ringkas, bajet lebih boleh beli barang untuk masuk rumah baru,” ujar Abi Mama. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 20-4-2022 11:20 AM
Yang memuji melepuk lepuk itu bukan mahu majlis begitu juga...
Quote prince_marhaen 20-4-2022 11:37 AM
engkorang ni pun, compare apple to jering jugak konsepnya. Lihat juga pada strata sosial masing-masing. Btw, sekalung pujian dan tahniah atas perkahwinan pihak berkenaan ini.
Quote Buritan 20-4-2022 11:43 AM
white_musk replied at 20-4-2022 11:20 AM
Yang memuji melepuk lepuk itu bukan mahu majlis begitu juga...

Aku kalo kawin mcm ni mau nangisss.. nmpk nau semikinnya.. bg aku mjlis kawin sedrhana cukuplaa.. sederhana bg aku.. pgntin tuu nmpklaa rupe pengantin.. ini mcm dah rupe baru balik mesjid jah
Quote tukul 20-4-2022 12:04 PM
Ala2 zaman 80an ni
Quote Decaffeinated 20-4-2022 12:09 PM
Tak payah puji melambung2 as if semua wedding kena macam tu. Kecam lagi jangan.

Yang mampu silakan, yang tak mampu tak payah tiru.

Quote pearl.silver 20-4-2022 12:13 PM
Dulu pun i berangan nk kawen simple2

Tp xtau npe hari kejadian dia xjadi simple
Quote gideoncross 20-4-2022 12:25 PM
white_musk replied at 20-4-2022 11:20 AM
Yang memuji melepuk lepuk itu bukan mahu majlis begitu juga...

Klau uol tngok komen2 jejantz Mulayu Melesia yg trdesak kat FB around thun 2012, bnyk yg asek komen nak pksa pompuan khwin dgn dorg cpat2 wlaupun xde duit asalkn dpt khwin, simple habis2an xmmpu pun xpe aslkn dpt khwin. La ni jejantz ummah Melesia kat FB trauma nak khwin sbb pompuan rata2 tinggalkn dorg.
Quote gideoncross 20-4-2022 12:28 PM
pearl.silver replied at 20-4-2022 12:13 PM
Dulu pun i berangan nk kawen simple2

Tp xtau npe hari kejadian dia xjadi simple

Dh nmanya mjlis khwin kn? Ttap lah ada kluar duit wlaupn simple je theme tu tpi jejantz Mulayu Melesia kat FB x fham konsep ni, yg dorg thu pksa pompuan khwin cpat2 dgn dorg wlaupn x mmpu aslkn dpt khwin, mngharapkn duit jtuh dri langit je.
Quote gideoncross 20-4-2022 12:29 PM
Buritan replied at 20-4-2022 11:43 AM
Aku kalo kawin mcm ni mau nangisss.. nmpk nau semikinnya.. bg aku mjlis kawin sedrhana cukuplaa..  ...

Rupa blik dri Masjid pun xlah buruk segini haha.
Quote supernaturalee 20-4-2022 12:36 PM
zuhud???

ni asl boleh nmnya

Quote syamzana 20-4-2022 12:41 PM
iols ok je majlis simple (jemputan close fmly+fren je) tp nak la suasana yg cun+baju cun. mkn simple2 sambil borak2 gitu je.
tp itu laa, makpak buat kenduri dr pagi smpai ke malam layan tetamu keras muke nak sengih sorg habuk tak kenal
Quote prettyuglybabe 20-4-2022 12:43 PM
kalau pengantin budak abis sekolah takde kerja takde duit duduk pulak ceruk kampung tak pernah keluar, boleh je..
tapi kau tunggu bila dia keluar bergaul dengan orang nanti..
masa tu la kau mula terasa bila kenduri orang tu kenduri orang ni macam mana..
Quote asudau 20-4-2022 12:44 PM
rugi ko dik pengantin perempuan...
nanti dah kawin meratib tak cukup nafkah
Quote ChildrenOfBodom 20-4-2022 12:46 PM
Amik gambar pon pakai Henpon ja, kelass kau dek
Quote Artemesiaa 20-4-2022 12:46 PM
Buat majlis ikut kemanpuan sendirilah yang terbaik tak perlu nak berhutang lepas majlis.  Apa pun tahniah buat pasangan mempelai.
Quote Buritan 20-4-2022 01:04 PM
gideoncross replied at 20-4-2022 12:29 PM
Rupa blik dri Masjid pun xlah buruk segini haha.

Ittulaa buruk meno.. kalo aku jd pengantin mau nangiss hujung katil..gambo kenangan nak tunjuk kat anak cucu cicit buruk gile..
Quote nononcrux 20-4-2022 01:33 PM
prince_marhaen replied at 20-4-2022 11:37 AM
engkorang ni pun, compare apple to jering jugak konsepnya. Lihat juga pada strata sosial masing-masi ...

ntahnye.. compare la petai ngn petai.. jauh benor pegi dia, apesal tak compare dgn artis terus


Quote ~boolean 20-4-2022 01:37 PM
bila mewah engkauorang juga yang merempan kata membazir, menunjuk, bukan ajaran islam..

Quote umbut 20-4-2022 02:51 PM
Kalo dapat diputarkan masa. Aku nak nikah je pastu ambik gambar kat kedai gambar tukar2 baju dan buat doa selamat utk sedara mara je  xmo sanding majlis bagai.. Kenapa ler aku buat dulu.. Adakah sebab masa kahwin masih bbnu

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.045665 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top