Keterujaan umat Islam menyambut Aidilfitri membolehkan peniaga baju di negeri ini menarik nafas lega apabila jualan mereka naik mendadak melebihi 100 peratus dalam tempoh singkat.
Situasi tersebut pertama kali dilalui rata-rata peniaga sambil menyifatkan trend orang ramai berbelanja sakan itu bagi membalas dendam kerana tidak dapat beraya selama dua tahun akibat Covid-19. Noor Suriani Zahid, 34, berkata, sehingga kini lebih 500 pasang baju kurung rekaan terkini di gerainya di bazar raya Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini, habis dijual berbanding kelaziman kira-kira 300 pasang dalam tempoh sebulan.
Katanya, permintaan tinggi terhadap pakaian itu turut membuatkannya berulang kali menambah stok pakaian termasuk mengambil secara terus dengan pembekal di Kuala Lumpur. “Saya terkejut dengan sambutan luar biasa pelanggan kerana sepanjang enam tahun berniaga di bazar raya TTC, situasi sebegini tidak pernah berlaku dan saya menjangkakan jualan dapat mencecah sehingga 2,000 pasang hingga malam raya. “Lebih mengujakan apabila kebanyakan pelanggan tidak lagi teragak-agak atau berfikir panjang tentang soal harga, sebaliknya terus membeli dua hingga tiga pasang baju sekali gus jika sudah berkenan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia. Menurut Noor Suriani, pada awalnya dia bimbang stok pakaian dibeli tidak mendapat sambutan, namun sangkaan itu meleset apabila kesemuanya habis dalam tempoh tiga hari umat Islam berpuasa. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, seawal pukul 8 malam bazar raya di lokasi itu sudah dipenuhi orang ramai bagi membeli kelengkapan raya bersama keluarga masing-masing. Menurut seorang pekerja, Saodah Dollah, 27, warna-warna yang menjadi pilihan ramai pada Syawal kali ini ialah hitam, biru gelap dan terang di samping hijau mint. “Memang tidak menang tangan layan pelanggan dari pagi hingga malam dan apa sahaja rekaan baju yang dipamerkan, pasti habis terjual dengan pantas,” katanya. Sumber: UTUSAN
|
Decaffeinated replied at 20-4-2022 01:31 PM
Kenapa tunggu raya baru nak beli baju?
dua_chzy replied at 20-4-2022 01:57 PM
Hidup susah zaman pkp konon.
Pft.
pearl.silver replied at 20-4-2022 02:29 PM
I xjadi bli bj raya.. pakai bj tahun lepas je lah
insulin replied at 20-4-2022 02:30 PM
Baca berita ni nampaknya tak ramai orang susah di bandar2 Malaysia ni....
stingeramdhan replied at 20-4-2022 02:37 PM
Org boleh tahu baju tahun tahun lepas tau...terutama kalau warna bukan warna trend tahun 2022..... ...
white_musk replied at 20-4-2022 03:52 PM
baju bintat itu aju apa?
kek bantat akak tahu lah
ADVERTISEMENT