Jakarta – Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah sekolah tahfiz, lapor portal Wolipop.
Lelaki tersebut, M. Fajrul Islam, 26, berkata, kisah cinta mereka bermula sekitar tahun 2019 apabila gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah berkenaan. “Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya. Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya. Perasaan Fajrul kepada Dila mendapat restu pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa gadis itu. Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang. “Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated replied at 20-4-2022 11:55 AM
Boleh pula umur 26 jadi pengetua.
Kalau doktor still tak OK kalau jatuh cinta dengan patient kan?
ifanonline replied at 20-4-2022 12:04 PM
mcm mana la perasaan doktor2 plastik surgeri yg operate patient2 mereka yg nak tetek besar?
mizruncing replied at 20-4-2022 12:06 PM
ada member aku kawen ngan cikgu sekolah aku dulu. pas tu terpikir mcm mana laa dorg ni start bercint ...
ADVERTISEMENT