CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Hari Belanja Duit Samun Beli Arak, Makanan

20-4-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 775| Komen: 1

Duit hasil samun di sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang digunakan suspek untuk membeli arak dan makanan sebelum berjaya diberkas pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, lelaki yang mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Puteri, Klang.


Suspek lelaki yang melakukan samun di sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang berjaya diberkas pada Selasa. Gambar kecil: Hoong Fong

"Polis telah merampas pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian dan suspek mengaku terlibat secara individu dalam kes terbabit.


"Soal siasat suspek berusia 45 tahun mendakwa selepas kejadian samun itu, dia telah menggunakan duit hasil jenayahnya itu untuk membeli makanan dan arak selama dua hari," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, permohonan reman suspek akan dibuat ada Rabu di Mahkamah Klang.

Dalam kejadian pada Ahad, seorang penjaga kaunter kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini berdepan detik cemas selepas diugut suspek.

Dalam kejadian pada jam 12.08 tengah hari itu, remaja perempuan berusia 19 tahun itu didatangi suspek dalam keadaan mabuk dan telah meminta wang dengan alasan dirinya dirompak sebelum mengeluarkan senjata gergaji kecil dan mengacukan kepada mangsa.

Kerugian dianggarkan berjumlah RM235.15 dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 20-4-2022 10:22 AM
Rompak la kedai arak lain kali

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.038337 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top