CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tular Mengajar Pakai Alat Bantuan Pernafasan Rupanya ‘The Best Makcik Ever’!

20-4-2022 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1611| Komen: 6

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pemuda berkongsi kisah tular guru wanita yang menggunakan alat bantuan pernafasan ketika mengajar di kelas.


Menurutnya, guru berkenaan seebenarnya merupakan ibu saudaranya yang berkhidmat di sebuah sekolah di Kota Tinggi, Johor.



Pemuda itu memberitahu, ibu saudaranya yang mesra disapa Mak Andak itu merupakan seorang guru yang berdedikasi dalam kariernya sebagai pendidik.

Walaupun terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan, namun ia bukanlah satu halangan untuk guru berkenaan terus komited mengajar.


Jelas jejaka ini, ibu saudaranya itu lebih mengutamakan pelajaran anak didiknya berbanding keadaan kesihatannya yang semakin membimbangkan.

Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa ibu saudaranya bukan mengajar demi mencari wang semata-mata, tetapi sebaliknya atas semangatnya dalam mendidik anak bangsa.



"Dia tetap mengajar walaupun kena pakai alat bantuan pernafasan sebab lebih risaukan anak murid (Tingkatan 6) yang ketinggalan dalam pelajaran.

"Semangat Mak Andak ni memang aku salute. Dari aku kecil sampai sekarang semua anak saudara memang dia yang ajar buat kelas tambahan secara percuma untuk anak saudara semua. Alhamdulillah semua jadi 'manusia'. The best makcik ever.

"Dia ni kalau tak mengajar pun tak apa sebab dia bukan orang susah. Tapi memang semangat dia mengajar dan memang dari dulu aku UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) sampai Muet (Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia) dialah cikgu tuisyen aku,” ujarnya lagi.

Susulan tular satu video yang tular mengenai ibu saudaranya memakai alat bantuan pernafasan, katanya, ia merupakan rakaman yang dibuat oleh salah seoarang pelajar.

Rata-rata netizen sebak menonton video yang menyaksikan kegigihan seorang guru tanpa menjadikan tahap kesihatannya sebagai alasa dalam menjalankan tanggungjawab.

Malah, ramai mendoakan kesejahteraan guru berkenaan agar terus kuat dan tabah mendidik para pelajarnya.



"Saya sebagai anak buah dan baru jumpa dia Sabtu hari tu. Alhamdulillah dia bertambah baik. Tapi memang memerlukan bantuan pernafasan sejak pulih dari Covid-19.

"Dia beritahu yang baru kena jangkitan tu. Terpaksa tidur dengan enam bantal (duduk bersandar) dan minggu lepas baru dapat tidur dengan dua bantal (baring).

"Jujur dia dah ambil vaksin sepenuhnya. Jadi doakanlah kesembuhan Mak Andak saya ni," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 20-4-2022 10:21 AM
Alhamdulillah...semoga Allah balas dengan memberi kesembuhdan pada die..Aamiin
Quote scorpionkiki 20-4-2022 11:32 AM
Rare gem cikgu mcm ni zaman sekarang
Quote babelina 20-4-2022 12:42 PM
moga MakAndak sentiasa dilindungi Allah swt..amin yra..
Quote ina_na 20-4-2022 01:06 PM
Lebih kurang sama kes Gan ustazah anak aku dl..tp ustazah ni kencing manis teruk sgt..anak dia jd assitant dlm kelas..dah pencen ms pkp..
Quote ketupatnasi 20-4-2022 01:33 PM
Semoga cikgu Syaria'h diberi kesembuhan...
Dia passion mendidik ni ada kat certain org je..bukan kira guru ke idok. Kalau ada kat guru, kira bonus dan beruntung anak murid.

Aku jumpa tukang kebun sekolah yang passionate gila mengajar...tapi subjek tanam2 pokok Anak murid dia daripada tak reti gaul tanah sekarang selamba je gaul tinja kambing
Quote Gomea 20-4-2022 01:46 PM
Cemuih pulak baca caption bini dia. Comel mende macam tu?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052739 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top