Seorang lelaki berkongsi detik bahagianya ketika keluar membeli-belah persiapan raya bersama empat orang isteri serta 13 orang anak-anaknya.
Seorang pengguna TikTok, Fazlin memuat naik video dia bersama keluarga besarnya itu mengunjungi sebuah pusat beli-belah terkemuka bagi membeli baju raya masing-masing. Menerusi kapsyen video yang dikongsikan, Fazlin sempat berseloroh mengatakan dia merasa seperti mengadakan sebuah lawatan percutian bersama rakan sekerja apabila keluar bersama keluarganya memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa.
“Baba tak rasa berjalan dengan anak-anak, terasa berjalan dengan kawan-kawan bila anak semua dah besar. “Bila kau bawa 13 orang anak, 4 orang isteri pergi pusat beli-belah untuk beli baju raya, dah macam trip syarikat jalan-jalan,” katanya. Sehubungan itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sifat adil lelaki berkenaan serta kagum melihat hubungan besar keluarga tersebut. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
Cekla replied at 18-4-2022 05:30 PM
ok la kan....nampak mcm org berada
tumpanglalu74 replied at 18-4-2022 06:35 PM
Ape punye kemarok le pompuan zaman sekarang ney mencelop macam passing baton..
hareeeesah replied at 18-4-2022 06:32 PM
Siapa tak kenal cik ton ni..
capiloton replied at 19-4-2022 03:22 AM
ok la tu, training poligami di donia,
esok di sorga nanti berkongsi suami dengan bidadari pulok :lo ...
sharlenetexas replied at 18-4-2022 11:06 PM
Jakel je ke?
krustykrab replied at 19-4-2022 06:03 AM
Kat syurga pun amalkn kehidupan yg sama mcm kt dunia eh?kalau cenggitu mesti penuh dgn drama cembu ...
ADVERTISEMENT