Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu ‘bakal isterinya’ dengan menjanjikan perkahwinan sehingga wanita itu menyerahkan wang tunai dan barang kemas berjumlah RM152,500.
Bagaimanapun, tertuduh Hisyah Sayuti, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. Mengikut pertuduhan, Hisyah didakwa menipu seorang kerani wanita berusia 40 tahun dengan curang memperdayakannya untuk menyerahkan wang tunai dan barang kemas bernilai RM152,200 dengan menjanjikan perkahwinan yang tidak wujud. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini di antara 6 Februari lalu dan 6 Mac lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebat jika sabit kesalahan. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan hanya membuat kerja kampung dan tiada pendapatan tetap. Selepas mendengar permohonan kedua-belah pihak mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan kes. Sumber: UTUSAN
|
lattehazelnut: Bangla ke? Tgk nama mcm indo t ...
lattehazelnut: Bangla ke? Tgk nama mcm indo t ...
buapakperut replied at 18-4-2022 08:47 PM
Kerani Tu penat2 kumpul duit sampai umo 40 an, datang anak sayuti habis rete kene kebas, sesi pember ...
lattehazelnut replied at 18-4-2022 05:50 PM
Bangla ke? Tgk nama mcm indo td..
Muka pecah rumah boleh jd kasanova ek..
buapakperut replied at 18-4-2022 08:46 PM
Kerani Tu penat2 kumpul duit sampai umo 40 an, datang anak sayuti habis rete kene kebas, sesi pember ...
setori_mori replied at 19-4-2022 12:18 AM
Hensem abg polis paling depan [em:17:]
lattehazelnut replied at 19-4-2022 10:19 AM
Kan uols.. sebenarnye nak letak gamba abg polis je td..
ADVERTISEMENT